Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Saya Terima Suratan Ini Dengan Tenang – Yatt Hamzah

Berita penceraian Yatt Hamzah dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor sememangnya mengejutkan orang ramai. Sebelum ini mereka memang pernah berniat untuk menamatkan rumahtangga yang dibina, namun hasrat tersebut terbatal selepas Yat pulang dari syria. Disangkakan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Walaupun sudah mencuba, akhirnya perkahwinan yang disulami kehadiran seorang anak perempuan berusia 5 tahun akhirnya kecundang jua. Memang tiada jodoh antara mereka berdua.
yatt hamzah
Walaupun sudah bercerai, Abang Nara respek kepada Yatt dan suami kerana telah membuat perjanjian yang terbaik buat anak mereka. Sekurang-kurangnya nasib anak tetap terbela walaupun hubungan suami isteri sudah tiada. Itu paling penting. Masa depan anak perlu dijaga. Kata Yatt Hamzah:-
Ini yang terbaik untuk kami berdua buat masa ini. Alhamdulillah saya terima suratan ini dengan tenang. Ini yang Tuhan susun dan tulis di Loh Mahfuz. Saya meneruskan kehidupan macam biasa. Malah saat ini, saya sibuk dengan beberapa agenda kerja. Selebihnya mengenai hati saya, cukup saya katakan Allah sahaja yang maha mengetahui.
Kami masih berhubung dan berkawan baik. Cuma gelaran suami isteri itu sudah tiada. Doakan saya dan bekas suami kuat menerima ketentuan ini. Insya-Allah. Soal anak pun tak menjadi masalah kerana kami sudah berbincang. Kami sudah melakukan perjanjian terbaik untuk anak kami. Harapnya ia tak akan menimbulkan masalah. Soal giliran menjaga itu sama sahaja seperti ibu bapa yang melalui perceraian. Tak ada isu rebut anak pun.
yatt hamzah cerai
Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya orang ramai tahu tentang penceraian ini sekaligus mengelakkan sebarang fitnah atau desas-desus. Buat Yatt dan suami, bersabarlah. Semoga ada sinar di sebalik apa yang berlaku. Sama-sama kita doakan

sumber :BeautifulNara
0 Komentar untuk " Saya Terima Suratan Ini Dengan Tenang – Yatt Hamzah "

Back To Top