Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Eina Azman Akui Ditangkap Khalwat?- Viral-X

Baru-baru ini, kami ada juga terima beberapa pertanyaan daripada pembaca BeautifulNara yang  menginginkan kepastian jika berita Eina Azman ditangkap khalwat yang tersebar di media sosial benar ataupun tidak.

Terus-terang kami pun tidak mahu komen lebih sebab tidak tahu cerita yang sebenar. Bagaimanapun, menerusi muat naik terbaru di Instagram Eina, beliau telah menafikan berita tersebut dan menyatakan ianya perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menarik perhatian ramai untuk mendapat hits di blog milik mereka.
Jelas Eina pada waktu beliau dituduh ditangkap khalwat sekitar hujung bulan Ogos lepas, beliau dan suami sedang bercuti di Pulau Maldives bagi menyambut ulangtahun pertama perkahwinan mereka. Malah,  beliau telah menukar warna rambutnya daripada perang ke hitam sejak sebulan setengah lepas.
Salam semua… Ok today Eina nak clear kan everything, pls jangan percaya dengan segala fitnah yang berleluasa mengenai Eina di tangkap khalwat pada hujung bulan August baru2 Ini. Berita ini d keluar kan pada hujung bulan 8 d mana Eina takde d Malaysia. Eina berada d Maldives selama 10hari bersama suami untuk menyambut 1st anniversary kami.
Boleh lihat juga d gmbr tersebut itu adalah pegawai Imigresen. Dan saya rasa follower saya d ig juga tau saya sudah menukar rambut saya menjadi hitam lebih kurang sebulan setengah yang lalu. Berita Ini sangat melampau, kerana saya sudah berkahwin. Ini FITNAH semata mata utk mengaib kan saya. Alhamdullilah.. Allah maha besar.
Saya tersenyum dan gelak bersama suami apa bila ada juga segelintir manusia zaman skg yang suka menabur FITNAH. Bertaubat la. Tiada yang sempurna… Saya manusia biasa. Kalau anda sayang kan saya pls doa kan yang baik2 utk saya daripada MEMFITNAH… Terima Kasih

Agak melampau jugak tuduhan ataupun fitnah yang dilemparkan oleh blog tersebut kepada Eina Azman. Ini mesti kes tidak boleh tengok rumah tangga Eina yang bahagia kan?

sumber : BeautifulNara
0 Komentar untuk " Eina Azman Akui Ditangkap Khalwat?- Viral-X "

Back To Top