Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

(Video) Pelarian Syria Dilayan Seperti "Haiwan Dalam Kandang" Cetus Kemarahan Masyarakat Dunia



HUNGARY: Berikutan tersebarnya sebuah video yang berjaya dirakam oleh seorang sukarelawan daripada Austria bagaimana pelarian Syria di negara berkenaan diberi makanan telah menimbulkan kemarahan masyarakat dunia.

Video berkenaan dikatakan telah dirakam secara rahsia oleh sukarelawan berkenaan di mana ia memaparkan tindakan polis Hungary yang bertopi keledar dan bertopeng muka melempar roti kepada kira-kira 150 orang pelarian yang berebut-rebut mendapatkan makanan.

Mereka yang menonton video berkenaan dari seluruh dunia rata-rata menyifatkan perbuatan tersebut amat tidak beradab dan seolah-olah seperti melayan haiwan di dalam kandang sedangkan yang dilemparkan makanan itu adalah manusia yang sama seperti mereka.



Kelihatan wanita dan kanak-kanak terperangkap dalam kumpulan berkenaan di mana mereka semua dalam kelaparan dengan cuba menangkap roti yang dilempar ke arah mereka.

Manakala ada pelarian yang menderit-jerit dan melambai dari belakang pagar untuk menarik perhatian polis kearah mereka.

"Mereka dilayan seperti haiwan yang diberikan makanan dalam kandang dan dilayan seperti banduan di penjara Guantanamo," kata Alexander Spritzendorfer suami kepada sukarelawan yang merakam video berkenaan di mana dia merujuk kepada penjara yang digunakan oleh Amerika Syarikat mendera penghuninya.

Pihak Polis Hungary dikatakan sedang menyiasat perilaku anggota mereka tersebut tanpa mengulas lebih lanjut. - Siakapkeli.my


0 Komentar untuk " (Video) Pelarian Syria Dilayan Seperti "Haiwan Dalam Kandang" Cetus Kemarahan Masyarakat Dunia "

Back To Top