Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Pemindahan Organ Khinzir Ke Dalam Tubuh Manusia Kini Semakin Hampir Menjadi Realiti

Pemindahan organ berlainan spesis adalah fiksyen sains buat masa sekarang. Tetapi di MIT pihak saintis sedang giat menjadikannya realiti dan sekaligus mengakhiri masalah pesakit yang terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk organ yang sesuai. Antara penyelesaian yang sedang dikaji ialah menggunakan organ khinzir sebagai pengganti organ tubuh manusia. Khinzir dipilih kerana mempunyai saiz organ yang paling hampir dengan manusia dan mudah diternak dalam jumlah yang banyak. Sekiranya pemindahan organ khinzir ke tubuh manusia menjadi realiti kelak, jutaan nyawa pesakit yang menanti pemindahan organ akan berubah dengan sekelip mata.

Pihak MIT bekerjasama dengan firma Revivicor untuk menghasilkan khinzir yang diubah genetiknya untuk menghampiri manusia dengan memasukkan 5 genom manusia ke dalam DNA mereka. Ini mengurangkan masalah tubuh penerima organ untuk menolak organ baru. Pihak MIT sudahpun berjaya memindahkan jantung dan ginjal khinzir ke dalam tubuh baboon. Ginjal berjaya berfungsi selama 165 hari sebelum gagal manakala jantung pula berfungsi selama 945 hari sebelum gagal.

Human-Pig-Transplant
Proses pemindahan jantung khinzir ke tubuh baboon ini dilakukan oleh Dr Muhammad Mohiuddin di National Heart, Lung, and Blood Institute yang terletak di Bethesda, Maryland. Selepas pembedahan, baboon diberikan ubat khas bagi mengurangkan kebarangkalian organ khinziri ditolak tubuh. Dr Muhammad Mohiuddin percaya dengan lebih banyak kajian dan ujikaji, pemindahan paru-paru khinzir ke tubuh manusia akan menjadi realiti.

Penggunaan organ haiwan sebagai ganti organ manusia ini adalah ujikaji yang penuh kontroversi. Ini adalah kerana pertama sekali genom khinzir diubah suai untuk menghampiri DNA manusia. Keduanya ialah uji kaji dilakukan ke atas haiwan yang kini semakin mendapat tentangan gerakan pencinta haiwan. Ketiga ialah dari segi agama, sekiranya organ khinzir boleh menyelamatkan nyawa pesakit jantung, paru-paru dan ginjal seorang Muslim apakah hukumnya dari segi syarak?
Sekiranya anda hampir meninggal dunia kerana masalah jantung dan ginjal serta telah berikhtiar sejauh mungkin adakah anda sanggup menerima organ khinzir sebagai ganti organ manusia? Di Malaysia jumlah penderma organ selepas mati masih lagi amat rendah dan ramai meninggal dunia sebelum menerima organ kritikal. Mungkin ada ahli saintis beragama Islam yang boleh melakukan kajian pemindahan organ haiwan selain babi untuk kegunaan manusia.

sumber : Amanz
0 Komentar untuk " Pemindahan Organ Khinzir Ke Dalam Tubuh Manusia Kini Semakin Hampir Menjadi Realiti "

Back To Top