Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

(3 GAMBAR)Tasha Shilla Dikecam Kerana Berpakaian Seksi Bertemu Jay Park

Sebelum ini Tasha Shilla hangat diperkatakan kerana gambar yang dikatakan gambar selfie separuh bogelnya tersebar di alam maya. Tasha telah membuat laporan polis berkenaan penyebaran gambar berkenaan dan kemudian agak senyap dari publisiti dunia hiburan.

 photo tasha2.jpg

Bagaimanapun, pelakon Nazim Othman telah memuat naik satu gambarnya bersama selebriti Korea Selatan iaitu Jay Park, dan Tasha Shilla turut bergambar bersama mereka. Apa yang mengundang perhatian ialah pakaian Tasha yang seksi dalam gambar itu


 photo tasha1.jpg

Apa tujuan Tasha berpakaian sedemikian tidak diketahui. Mungkinkah untuk menyambut kedatangan Jay yang popular itu? Cara Tasha berpakaian bagaimanapun mendapat kritikan dan kutukan pengikut Nazim di Instagram.

 photo komen.jpg

Peliknya, Tasha juga pernah dihentam sebelum ini kerana memuat naik kapsyen mengenai dirinya menjaga ‘aurat lidah’ walaupun berpakaian seksi di akaun Instagram miliknya. Sama ada beliau tidak serik atau mungkin juga membuat ‘grand comeback’ setelah sebulan menyepi. Apa pun, comeback yang berjaya. Apa pendapat anda?

BEAUTIFULNARA
0 Komentar untuk " (3 GAMBAR)Tasha Shilla Dikecam Kerana Berpakaian Seksi Bertemu Jay Park "

Back To Top