Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Kes Morais: Ada Unsur Jenayah Terancang - Polis



HUTAN MELINTANG: Pihak polis mendapati ada unsur jenayah terancang hasil siasatan awal dalam kes sebuah kereta yang ditemui terbakar di ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain, polis gagal mengesan nombor casis dan enjin pada kenderaan terbabit kerana dipercayai sudah dipadamkan.

Namun tiada mayat yang dijumpai dalam kereta terbabit.

Beliau bagaimanapun berkata terlalu awal buat polis mengesahkan kaitan penemuan kereta terbabit dengan kes Kevin Anthony Morais yang dilaporkan hilang.

"Kita akan menyiasat penemuan kereta terbabit manakala Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul akan menyiasat kes kehilangan individu berkenaan.

"Setakat ini kita menyiasat kes mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api kerana tidak menemui mangsa di dalam mahupun sekitar kawasan berkenaan," katanya memetik laporan BH Online. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Kes Morais: Ada Unsur Jenayah Terancang - Polis "

Back To Top