Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

CHACHA MAEMBONG TIDAK KISAH DIKUTUK



Sebelum ini kenyataan adik kepada aktres Emma Maembong, iaitu Chacha Maembong memberitahu bahawa dia berasa malu dan rendah diri apabila disindir atau dikutuk tidak bersekolah oleh rakan-rakan sebayanya yang lain, akan tetapi dia kini lebih terbuka dan dewasa apabila menganggap perkara itu hanyalah perkara yang remeh.

“Mula-mula memang rasa down serta rendah diri akan tetapi lama-kelamaan saya sudah biasa dan mereka yang mahu bercakap sebegitu cakaplah apa-apa pun. Saya tak kisah kerana sudah banyak pengalaman sebelum ini mendewasakan saya. Sekarang ini saya lebih berkeyakinan dan semangat”
“Apa yang orang mahu perkatakan tentang saya terpulang pada mereka untuk menilainya,” katanya kepada Rotikaya selain menyatakan bahawa dia bersama barisan kakak-kakaknya iaitu Emma dan Yaya akan berganding bahu untuk bersama-sama menjayakan program realiti ala-ala Kim Kardashian yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

“Ya, saya dan kakak saya akan menjayakan program realiti tersebut dan setakat ini tidak ada masalah apa-apa dan saya bergantung semua kepada Emma kerana dia yang banyak menguruskan perkara ini. Lakonan saya masih berlakon seperti biasa walaupun agak sibuk dengan program ini yang akan berlangsung pada minggu hadapan,” ujarnya yang ditemui di Majlis Festival Filem Malaysia Ke-27

sumber : Rotikaya
0 Komentar untuk " CHACHA MAEMBONG TIDAK KISAH DIKUTUK "

Back To Top