Setuju atau tidak kalau kami katakan pemandu perempuan ada banyak keistimewaan. Nak tahu kenapa? Jom baca.
#1. Ada masa mereka memandu secara ‘Slow & Steady”’
Mereka boleh memandu dengan tenangnya di lorong kanan dengan kelajuan
40km/h dan tanpa menghiraukan anda di belakang yang sudah banyak kali
bagi hint untuk ke tepi.
#2. Ada masa mereka memandu seperti ‘Fast & Furious”
Ada pemandu perempuan lain pula yang memandu lagi laju daripada pelumba F1. Cilok sana sini.
#3. Ada masa mereka sendiri tak tahu mereka nak ke mana
Pemandu begini paling menguji kesabaran. Bila mereka tak tahu nak masuk
simpang kiri ke kanan. Perlahankan kenderaan, kejap-kejap break tanpa
fikir banyak lagi kereta di belakang.
#4. Kasut, sandal, selipar lebih daripada satu di dalam kereta satu kemestian
Sediakan payung sebelum hujan perumpaan yang sesuai. Dalam apa jua keadaan mereka ada kasut yang sesuai.
#5. Boot kereta almari kedua
Segalanya di sumbat dalam boot kereta. Nak cari apa? Semua ada.
#6. Suka hias kereta
Jangan pelik kalau anda lihat kereta penuh dengan teddy bear, bantal dan barangan berwarna merah jambu.
#7. Namakan kereta mereka
Jangan terkejut kalau kawan perempuan anda panggil kereta mereka dengan nama Baby, Cherry, Betty dan sebagainya.
#8. Ambil masa yang lama sebelum keluar kereta
Sebab apa? Sebabnya mereka akan tengok cermin dahulu adakah semuanya
okay. Touch up muka, pakai lipsticks, balas mesej, pakai kasut dan
sebagainya.
#9. Susah ingat jalan
Walaupun dah banyak kali lalu jalan yang sama, pemandu perempuan masih
belum mampu ingat jalan. Ada yang lebih teruk tak tahu kiri atau kanan.
sumber :Penpatah
0 Komentar untuk " 9 Keistimewaan Pemandu Perempuan Yang Anda Perlu Tahu "