Jika ada sebarang kemusykilan atau nak betulkan apa-apa info di bawah, bolehlah kongsikan dengan kami ye. Kami akan betulkan.
Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 – 9.
Perkahwinan seumpama ini, Hari ini memang tersangat biasa kerana
keluarga biasanya memilih jalan untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak
“pregnant luar nikah”, cepat cepat dikahwinkan.
Berdasarkan kenyataan tersebut, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
kelak hidup dalam zina sampai bila-bila… Persoalan ini telah diajukan
kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan
pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat
penting:
Pasangan suami isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika…
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.
Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini
seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi
yang dikandung itu.
Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga
melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh
bernikah sekali lagi,secara sah.
Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya
sendiri?
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim
(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah
tindakan yang sewajarnya?
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi
kain sendiri?
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai
saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan
mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah
itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.
Kesimpulannya: Ibu bapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi
Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan,
membiarkan atau membenarkan perkahwinan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat…
Tolong jangan abaikan text ini. Ini merupakan satu perkara yang serius.
Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz
sekiranya perlu.
Mafhumnya: Katakanlah: ‘Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku
Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan
sekalian alam…
USTAZ ROSLI AL HAFIZ
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " Pasangan suami isteri dianggap berzina sepanjang perkahwinan mereka jika… "