Gambar hiasan
Tulisan ini dikongsikan oleh Puan Nur Farina Binti Abdullah bagi
menjawab persoalan yang timbul oleh seorang dikongsikan yang menghadapi
masalah rumahtangganya yang semakin renggang ditambah lagi dikongsikan
dikongsikan dilema apabila terjumpa gambar-gambar lucah di dalam Group
Whatsapp suaminya.
Kiriman wanita tersebut:
Salam Kak… Maaf mengganggu akak pagi2 ni..
Happy je tgk family akak.. akak boleh kaunseling pasal rumahtangga kan.. Hehehe
Sebenarnya saya taktahu nak cerita tntang apa tetapi entahh… makin lama, makin rasa sunyi dlm rumahtangga saya..
Suami pendiam, saya jenis banyak cakap.. nak berbual dgn dia pun takde topik..
Sekarang, tgk dia ada group wassup dgn kawan2 tmpt kerja, kadang2 bila
cek kawan dia hantar gambar lucah.. Raasa nak marah pun ada…
Ke saya yg cemburu?
Apa yg saya kena buat?
Jawapan Puan Nur Farina:
Saya rasa masalah dalam wassap grup kaum suami dengan kawan2 dipenuhi
gambar2 lucah bukan setakat satu dua org isteri sahaja mengalami masalah
ini. Saya rasa isteri2 lain pun berdepan dengan masalah yang sama.
Malah saya sendiri pun berdepan dengan masalah ini apabila melihat wasap
grup kawan2 suami saya dipenuhi oleh gambar2 lucah yang dihantar oleh
rakan2nya.
Nak marah siapa? Nak marah suami? Macam tak patut sebab suami kita tak
terlibat dalam acara mencari gambar2 lucah utk disebarkan pada rakan2
tapi rakan2 yang berusaha mencari gambar2 lucah dan sebar utk tatapan
mata rakan2 dalam grup tersebut.
Apa yang perlu kita buat sebagai isteri?
Kalau saya, saya suruh jer cik suami keluar dari grup tersebut. Kenapa
perlu bertahan melihat gambar lucah perempuan lain sedangkan anda ada
isteri yang boleh anda suruh beraksi lucah utk tatapan anda.
Tapi kalau kita suruh suami keluar dari grup mungkin mereka akan
mengamuk cakap kita cemburu buta, cakap kita nak kontrol mereka dan
sebagainya… kan?
Tapi kalau saya jadi suami, saya keluar jer dari grup tersebut sebab utk
apa berada dan berkawan dgn mereka yang suka melihat dan menyebar
gambar lucah utk tatapan mata kita? Nak tambah dosa yg sedia ada
sedangkan kita ada pilihan utk menjauhi dari orang2 yang masih lagi
belum kenal dosa pahala?
Atau tidakkah kita terfikir Faktor usia yang semakin pendek ntah bila akan mati?
Atau tidakkah kita terfikir kalau2 anak2 main hp kita dan jumpa macam2
gambar lucah dalam hp milik ayah mereka dan gambar itu bukan gambar ibu
mereka?
Atau tidakkah kita terfikir dalam syok kita mencari dan menyebar gambar
lucah, sekali kita terjumpa gambar isteri atau anak2 gadis kita atau ada
kawan2 yg menyebar gambar lucah yang kita yakin itu adalah isteri kita?
Mungkin suami tak tahu bahawa isteri rasa terhina bila melihat suami dan
rakan2 Saling menyebar dan melihat gambar2 lucah dan suami tidak
mengambil tindakan menghindar dari perkara tersebut dengan alasan “saya
tak tgk saya tak sebar, yang sebar tu orang lain”.
Ok. Sebagai rakan yang baik, tegurlah rakan2 yg suka menyebar dan
melihat gambar2 lucah. Jika mereka mengejek kita kununnya kita mahu
tunjuk baik dan alim, jauhilah mereka kerana orang2 seperti itu tidak
sesuai dijadikan kawan.
Jadi sebagai suami, cuba periksa ada tak diantara wasap grup anda yang suka menyebarkan dan melihat gambar lucah?
Jika ada… fikir2kanlah apa tindakan paling bijak yang boleh anda ambil.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " Isteri Rasa Terhina Jumpa Gambar Lucah Dalam Group Whatsapp Suami "