Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

10 Syurga Malaysia Yang Kewujudannya Mungkin Tidak Kita Ketahui

  • 1. Pulau Aur, Johor

    • Pulau Aur terletak di Mersing, Johor Bahru dan merupakan sebahagian dari Taman Marina Johor. Pulau Aur mungkin agak kecil dari segi saiz jika dibandingkan dengan pulau-pulau di sekelilingnya tetapi ia mempunyai banyak tempat untuk membuat aktiviti laut seperti menyelam. Untuk ke Pulau Aur, anda harus datang ke Jeti Mersing. Di sana ada bot yang akan membawa anda ke Pulau Aur.
       
      sumber :Says.com
  • 2. Tok Bali, Kelantan

    • Terminal Jeti Tok Bali terletak lebih kurang 48 kilometer dari Kota Bahru. Tok Bali terkenal dengan terminal pendaratan ikan segar hasil tangkapan nelayan tempatan. Di kawasan pesisiran pantai sepanjang kuala sungai itu juga merupakan lokasi sesuai untuk berkelah bersama keluarga. Pesisir pantai yang cantik disaluti pasir yang putih serta landai semestinya menarik pengunjung untuk bercuti merehatkan minda.
      says.com
  • 3. Teluk Senangin, Perak

    • Teluk Senangin adalah kawasan yang sesuai untuk mereka yang kaki pancing, menjala dan memukat ikan. Di persekitaran pantai dapat dilihat banyak perahu-perahu kecil yang berlabuh dan ada kalanya kelihatan nelayan-nelayan sedang memunggah hasil tangkapan laut. Teluk Senangin terletak 30 km dari Bandar Sitiawan. Pantai Teluk Senangin mempunyai pasir yang putih dan air laut kebiruan. Di pantai ini pengunjung berpeluang melihat keindahan pemandangan Selat Melaka dan Pulau Pangkor terutama pada waktu petang. Selain itu, pantai ini sering dikunjungi kaki pancing dan popular dengan penganjuran program-program pertandingan memancing.
      says.com
  • 4. Ulu Chepor, Perak

    • Terletak beberapa minit dari tol Plus Jelapang berhampiran Ipoh, Ulu Chepor mempunyai banyak air terjun dengan kedalaman 20 hingga 30 meter. Kawasan air terjun ini mempunyai spot untuk berendam yang menyejukkan. Di sekeliling kawasan ini juga kelihatan rama-rama dan cendawan dan pelbagai jenis haiwan yang jarang kita jumpa.
      says.com
  • 5. Pulau Tenggol, Terengganu

    • Pulau Tenggol adalah antara salah sebuah pulau dalam rangkaian yang sama dengan Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Dahulunya pulau itu tidak berpenghuni.

      Pulau Tenggol terletak 14 batu nautika dari Kuala Dungun, Terengganu. Pulau ini mempunyai cerun yang cantik dan sesuai untuk mereka yang suka menyelam. Terdapat banyak hidupan laut dan batuan yang cantik di lautan sekitar Pulau Tenggol.
      says.com
  • 6. Pulau Gemia, Terengganu

    • Pulau Gemia adalah sebuah pulau peribadi, 800 meter dari Pulau Kapas. Pasir di persisiran pantai Pulau Gemia putih, air lautnya sejernih kristal dipenuhi dengan hidupan laut. Ramai yang mungkin terlepas pandang akan kewujudan pulau ini, kerana saiznya yang kecil. Tetapi sekali anda berkunjung ke sini, keindahan di Pulau Gemia akan kekal terpahat di minda anda.
      says.com
  • 7. Hutan Lipur Lata Tembakah, Terengganu

    • Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Jertih, Terengganu. Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki.

      Terletak 24 km dari bandar Jertih melalui Jalan ke Kuala Terengganu, hutan lipur Lata Tembakah terletak di dalam hutan simpan Pelagat yang merupakan jenis hutan jenis pokok rendah dan berakar besar, terletak di kawasan berbukit.
      says.com
  • 8. Pulau Duyong, Terengganu

    • Pulau Duyong terletak di sungai bertentangan dengan Chinatown di Sungai Terangganu yang dikelilingi perkampungan Melayu, pusat pembuatan bot dan resort. Untuk ke Pulau Duyung, pengunjung boleh menaiki bot sungai, feri, bas atau kereta. Merentasi sungai cuma mengambil masa 10 minit.
      says.com
  • 9. Tanjung Simpang Mengayau, Sabah

    • Tanjung Simpang Mengayau atau lebih dikenali sebagai Tips Of Borneo adalah satu tempat yang dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah' yang menjadi kebanggaan penduduk Kudat dan rakyat Sabah. Ia merupakan tempat pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu, di sebelah kiri dan kanan. Laut yang membiru dan batu-batuan tepi pantai menghasilkan pemandangan yang begitu seni dan indah.

      Tanjung Simpang Menguyau terletak 215 km dari Kota Kinabalu, dan pengunjung harus membuat pemanduan selama 2 1/2 hingga 3 jam di jalan raya yang berliku-liku. Namun perjalanan ini dijamin berbaloi.
      says.com
  • 10. Hutan Lipur Jerangkang, Pahang

    • Hutan lipur Jerangkang boleh dikunjungi dari jalan Kuala Lumpur - Kuantan. Selepas 30 km melepasi Maran, anda dapat melihat tanda Hutan Lipur Jerangkang. Hutan lipur ini ada tersembunyi air terjun yang sangat indah dah menenangkan. Hutan ini masih lagi 'suci' sehingga anda boleh melihat pelbagai jenis haiwan dan serangga seperti rama-rama masih berterbangan di kawasan tersebut. Berhampiran air terjun Jerangkang, ada satu lagu air terjun Berkelah. Memang sesuai untuk mereka yang suka berendam.
      says.com
0 Komentar untuk " 10 Syurga Malaysia Yang Kewujudannya Mungkin Tidak Kita Ketahui "

Back To Top