1. Gulingkan kerajaan
-
-
Image via lifeofaannie.blogspot.com
-
-
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukum menggulingkan kerajaan memerintah adalah haram di sisi agama Islam
Menurut beliau, perkara itu ditekankan kerana kerajaan sedia ada telah diberi mandat secara sah oleh rakyat melalui cara yang sah.
"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tetapi tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak melakukan tindakan sedemikian.
"Dan disebabkan itu diwajibkan bagi setiap umat Islam untuk menasihati pemimpin dan tindakan menasihatkan pemimpin zalim itu adalah jihad terbesar," katanya.
-
-
Image via english.astroawani.com
-
-
-
2. Hisap vape
-
-
Image via www.tumblr.com
-
-
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad menjelaskan
rokok elektronik hukumnya haram berdasarkan qiyas kepada rokok sebenar
serta mungkin lebih memudaratkan berbanding rokok biasa.
Beliau juga berkata penggunaan vapor juga suatu pembaziran, meniru budaya bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah.
“Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa.
“Justeru, hukumnya adalah haram,” katanya.
malaysiakini.com
-
-
3. Hisap dan meniaga shisha
-
-
Image via www.beritanisma.com
-
-
Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.
Selain menghisap shisha, muzakarah turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.
"Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat shisha...maka muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah haram," katanya.
Abdul Shukor menjelaskan penggunaan shisha akan memberi kesan dan kemudaratan besar dari segi kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.
sinarharian.com.my
-
-
4. Berselfie di kubur
-
-
Image via www.kualalumpurpost.ne
-
-
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan
segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran
‘selfie’ di tanah perkuburan.
Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.
“Tindakan sebegini sangat tidak wajar dilakukan, apatah lagi di tanah perkuburan. Sewajaranya ketika menziarahi kubur, ianya dijadikan iktibar dan bukannya untuk berseronok-seronok," kata Harussani.
sinarharian.com.my
-
-
5. Hantaran tinggi
-
-
Image via temanteras.wordpress.com
-
-
Sesebuah perkahwinan itu akan menjadi haram sekiranya nilai wang
hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga
menimbulkan perasaan riak.
Mufti Perak, Tan Sri Harrussani Zakaria berkata, tidak salah untuk meletakkan nilai hantaran yang tinggi jika pasangan itu mampu, namun jika tujuan sebenarnya adalah untuk menunjuk-nunjuk, perbuatan itu adalah haram.
Menurut beliau, perasaan riak adalah salah satu daripada dosa besar dan ia merupakan satu perbuatan yang dianggap syirik kecil dalam Islam.
kosmo.com.my
-
-
-
-
Image via www.budiey.com
-
-
Lelaki yang menyerupai perempuan ataupun sebaliknya merupakan
perbuatan dilaknat Allah yang jelas menunjukkan perkara itu haram dalam
Islam, kata Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abd Rahman Osman.
“Kalau lelaki menyerupai perempuan, kita halalkan, ertinya kita telah menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.
“Hukumnya orang yang bercakap begitu kalau dia sedar dia boleh syirik kepada Allah, dia boleh terkeluar daripada Islam kerana dia telah mengubah hukum Allah ertinya tidak memperakui peraturan Allah,” katanya.
Melainkan, katanya, golongan ‘khunsa muskhil’ yang dilahirkan dalam keadan dua sifat lelaki dan wanita yang boleh dinasihatkan berjumpa doktor bagi membuat pengesahan identiti mereka.
suara.tv
-
-
7. Menari poco-poco
-
-
Image via www.youtube.com
-
-
Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam
kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan
majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perak.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya.
kosmo.com.my
-
-
8. Main gitar, piano atau trumpet
-
-
Image via www.tumblr.com
-
-
Menurut seorang pendakwah Ustaz Abdul Raof Nurin, Umat Islam
dilarang bermain alat muzik seperti gitar,piano atau trumpet kerana ia
bertentangan dengan hadis, sebaliknya, mengalakkan penggunaan kompang
dan gong.
Beliau berkata mazhab Shafie hanya membenarkan umat Islam mendengar muzik yang menyentuh mengenai cintakan agama dan menggesa mereka yang mahu bermain alat muzik sebaik-baiknya menggunakan gong atau kompang.
Tambahnya, bagaimanapun mazhab Shafie membuat pengecualian untuk ‘Gambus’, instrumen bertali sama seperti gitar, hanya jika mereka bermain mengikut peraturan Islam.
therakyatpost.com
-
-
-
-
Image via lanunsepet.blogspot.com
-
-
Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki
lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan
boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
kosmo.com.my
-
-
10. Pakai lilitan di lengan
-
-
Image via news.asiaone.com
-
-
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis meminta supaya anggota
beruniform seperti polis dan ahli sukan beragama Islam tidak memakai
lilitan hitam ataupun warna lain di lengan baju kerana perbuatan itu
adalah haram.
Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata, perbuatan berkenaan sering dilakukan ketika kematian sedangkan ia merupakan adat kebudayaan bagi orang kafir.
“Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.
“Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain,” katanya merujuk kepada keputusan berkenaan.
sumber :SAYS.com
-
Beranda
»
Tanpa Label
»
Pakai Jersi Bola Dan 9 Lagi Perkara Haram Menurut Mufti Dan Pendakwah Malaysia
0 Komentar untuk " Pakai Jersi Bola Dan 9 Lagi Perkara Haram Menurut Mufti Dan Pendakwah Malaysia "