Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Individu Ini Melarang Anda Muat Naik Gambar 'Boarding Pass' Ke Laman Sosial. Kenapa?

  • Mungkin anda atau orang-orang yang anda kenali pernah memuat naik gambar boarding pass mereka di laman sosial sebelum menaiki pesawat. Pernah lihat?

  • Tetapi menurut Adam Rodriguez, seorang blogger kembara, tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan diri sendiri. Apa sebabnya?

    • Kami akan terangkan penjelasan dari Adam dalam bentuk yang ringkas untuk kita sama-sama fahami.
      says.com
  • Tahukah anda, terdapat informasi tentang nombor pesawat dan rekod lokasi di setiap boarding pass untuk mana-mana syarikat penerbangan?

  • Jika maklumat ini jatuh kepada individu yang berniat jahat, ia boleh menimbulkan huru-hara. Bagaimana?

    • Berdasarkan maklumat ini, seseorang boleh menghubungi syarikat penerbangan dan menyamar menjadi anda. Ini beberapa kemungkinan yang boleh berlaku seterusnya kepada anda:
      says.com
  • 1. Dia boleh membuat panggilan palsu ke syarikat penerbangan, kononnya anda ingin membatal atau menukar flight. Akhirnya, anda tidak boleh terbang langsung.

      • Baff Image via HotFM
        Ia macam panggilan hangit, tapi lebih parah.
  • 2. Lebih teruk lagi, dia boleh membuat tuduhan palsu mengatakan anda membawa senjata, dan sekaligus meminta syarikat penerbangan menghalang anda daripada menaiki pesawat.

  • 3. Bukan itu saja, dia juga boleh mendapatkan maklumat peribadi anda seperti alamat, tarikh lahir, nombor keahlian penerbangan dan sebagainya, bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada syarikat penerbangan.

      • Atm Image via docs.oracle.com
        Apa perasaan anda tiba-tiba saja kata laluan anda ditukar tanpa pengetahuan anda?
    • Lebih malang lagi, kata laluan anda juga mungkin boleh digodam dan ditukar kepada yang baru. Jikalau perkara ini terjadi, anda langsung tidak mempunyai akses ke akaun anda.
      says.com
  • Jadi secara ringkasnya, tiada halangan jika anda ingin muat naik gambar boarding pass di laman sosial tetapi pastikan nombor pesawat dan rekod lokasi tidak didedahkan

  • Sama-sama kita belajar daripada kesilapan. Mungkin sebelum ini kita tak pernah rasa perbuatan kita itu boleh membahayakan diri kita sendiri. Maka beringatlah selepas ini. Fikir dahulu sebelum upload.

      •  
        sumber :says.com
0 Komentar untuk " Individu Ini Melarang Anda Muat Naik Gambar 'Boarding Pass' Ke Laman Sosial. Kenapa? "

Back To Top