Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Yuna Bercinta Dengan Adik Ashraf Sinclair?

Yuna Bercinta Dengan Adik Ashraf Sinclair?

Selepas putus cinta bersama seorang jurugambar kacak daripada Amerika Syarikat, Julian Schratter pada hujung tahun lepas, nampaknya penyanyi Yunalis Zarai atau lebih mesra disapa Yuna sudah bertemu dengan cinta hati baharu.

Beberapa minggu ini, Yuna dikatakan sedang hangat bercinta dengan adik kepada pelakon Ashraf Sinclair iaitu Adam Sinclair apabila sebuah foto beliau bersama keluarga pelakon tersebut tersebar di media sosial.

Meskipun khabar angin tersebut sedang meliar, Yuna bagaimanapun mengambil pendekatan untuk terus berdiam diri daripada memberikan sebarang komen tentang status sebenar hubungan beliau bersama Adam.



Menurut ruangan Miss J didalam akhbar Utusan Malaysia, Yuna sengaja tutup mulut kerana tidak mahu mendedahkan percintaannya itu secara terbuka.
Kalau Yuna tidak mahu mengaku ataupun mendedahkan hubungan mereka berdua pun tiada salahnya.Iyalah, jangan jadi macam kes sesetengah artis yang terlalu mendedahkan kisah percintaan mereka sampai peminat pun naik menyampah tapi akhirnya putus jugak kan.

sumber : BeautifulNara

 

0 Komentar untuk " Yuna Bercinta Dengan Adik Ashraf Sinclair? "

Back To Top