Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Tukang Kimpal Ini dipuji seluruh Rakyat Malaysia, Kenapa?



Apa yang akan anda lakukan jika anda terjumpa sejumlah wang sebanyak RM5000? Adakah anda akan ambil wang tersebut atau memulangkan kepada tuan empunya semula? Inilah yang berlaku kepada seorang tukang kimpal yang bernama Ahmad Razif Ahmad Razali. Beliau menjumpai wang sejumlah RM5000 di hadapan sebuah bank di Kuala Kangsar.
Kisah beliau mula menjadi viral di laman media sosial sejak dari hari Selasa yang lepas serta tidak putus-putus menerima pujian daripada pengguna media sosial yang kagum dengan kejujurannya.
Ternyata sikap jujurnya itu mendatangkan keuntungan buat dirinya apabila di anugerahkan sijil penghargaan dari pihak polis yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Azry Akmar Ayob pada awal pagi Rabu.
Ketika menjumpai wang tersebut, dia amat terkejut  dan membuat keputusan untuk mengambil wang tersebut lalu membawanya masuk ke dalam kereta. Dia menunggu di dalam kereta selama 15 minit dengan harapan pemilik wang tersebut datang menuntut duit yang hilang itu darinya. Tetapi kemudian dia nekad untuk menghantar duit itu ke balai polis dan semasa di balai,dia memuatnaik status di halaman Facebook miliknya berkenaan wang tersebut tapi tiada sesiapa yang memberi respon.
Beliau tidak menyangka status yang dimuatnaiknya itu menjadi viral dan mendapat pujian ramai Netizen kerana niatnya memuatnaik status itu hanya ingin mencari pemilik wang tersebut. Malah dia tidak terlepas dari menerima kritikan apabila ada individu mengatakan dia kurang cerdik kerana tidak menyimpan wang tersebut.
Sebelum ini pun saudara Razif pernah terjumpa tiga dompet dan memulangkan sendiri kepada tuan empunya badan. Bagi Razif, biarlah kita memperoleh rezeki dengan hasil peluh sendiri, bukan dari usaha orang lain yang bersusah payah mencari rezeki. Tiada guna ambil hak orang, tiada keberkatan pun dalam wang itu,” ujarnya.
Razif turut berasa senang hati dan lega apabila wang tersebut telah dituntut oleh tuan empunya badan.
 
sumber : Sajakongsi
0 Komentar untuk " Tukang Kimpal Ini dipuji seluruh Rakyat Malaysia, Kenapa? "

Back To Top