Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Uqasha Senrose Nafi Buka Tudung Dan Pergi Ke Kelab Malam

Beberapa hari lepas, kami merasa terkejut apabila mendengar khabar angin yang mendakwa Uqasha Senrose yang kini sudah berhijrah seronok berparti di sebuah kelab malam bersama rakan-rakannya tanpa berhijab dan hanya memakai topi agar tiada orang yang mengenali dirinya.
Walaubagaimanapun, Uqasha menerusi portal mStar Online berkata berita tersebut adalah fitnah semata-semata dan tidak masuk akal kerana beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana kelab malam sebelum ini.

Saya belum gila lagi nak buat perkara macam itu. Pergi kelab malam pun tak pernah, apatah lagi nak ke tempat itu tanpa tudung.
Ia satu tuduhan yang tidak masuk akal. Bukan saya orangnya. Saya tak tahu apa-apa tentang isu ini.
uqasha
Dalam perkembangan lain, Uqasha telah melancarkan koleksi tudung yang direka oleh beliau sendiri dikenali dengan jenama Uqasha Senrose Collection. Ia menggunakan fabrik berkualiti tinggi dan mula dijual dengan harga RM49-RM99.

Siapa yang tidak terkejut kalau seseorang sudah berhijab tiba-tiba buka tudung dan ke kelab malam? Tidak dapat dinafikan ada sahaja manusia seperti itu didalam dunia ini. Tampil bertudung hanya kerana trend dan mahu mencari keuntungan sahaja. Namun Uqasha Senrose bukanlah gadis sebegitu. Jadi sila jangan fikir yang bukan-bukan ya.

sumber :beautifulnara
0 Komentar untuk " Uqasha Senrose Nafi Buka Tudung Dan Pergi Ke Kelab Malam "

Back To Top