Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Tindakan Pengawal Keselamatan Sepak Wanita Kurang Siuman Timbulkan Kemarahan Netizens



Menjadi viral di laman sosial sejak semalam sebuah video yang telah menimbulkan kemarahan dikalangan netizen apabila menunjukkan seorang pengawal keselamatan sebuah bank di Sandakan, Sabah telah bertindak kurang ajar menyepak seorang penggemis yang dipercayai kurang siuman.

Berdasarkan rakaman video berkenaan yang berdurasi 1:32 saat itu menunjukkan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 40-an sedang duduk menggemis di hadapan sebuah bank.

 Namun tindakan wanita berkenaan yang menggemis dihadapan pintu bank telah menyebabkan pengawal keselamatan bank berkenaan cuba menghalaunya.

Bagaimanapun tindakan menghalau wanita berkenaan dengan menyepaknya adalah satu perbuatan yang biadap di mana kerana tindakan berkenaanlah menimbulkan kemarahan netizen.

Selepas menendang wanita itu, pengawal berkenaan tersebut dilihat telah menyedari tindakannya dirakam menyebabkan dia kembali masuk ke dalam bank dan wanita berkenaan pula dilihat menangis.

Ada seorang pelanggan bank berkenaan telah pergi kearah wanita tersebut dengan memberi sedikit wang dan menyuruhnya beredar dari tempat berkenaan bagaimanapun dilihat wanita tersebut terus menangis sehingga akhir video. siakapkeli

0 Komentar untuk " Tindakan Pengawal Keselamatan Sepak Wanita Kurang Siuman Timbulkan Kemarahan Netizens "

Back To Top