PERNAHKAH anda terfikir, kenapa emping
jagung atau “Corn Flakes” dihasilkan? Mungkin bagi segelintir masyarakat
di seluruh dunia, semangkuk emping jagung akan menjadi pilihan utama
sebagai menu sarapan pagi khsususnya bagi mereka yang mementingkan gaya
hidup sihat.
Bagaimanapun, tahukah anda selain ia sebagai makanan rutin di waktu
pagi, tujuan asal makanan bijirin ini diperkenalkan adalah sebagai
langkah mencegah tabiat onani dalam kalangan lelaki.
Perkara tersebut didedahkan portal Mental Floss yang memetik kenyataan
pencipta empingan jagung, John Harvey Kellogg, pada abad ke-19.
Menurut laporan tersebut, Kellogg ialah seorang doktor muda di Amerika
Syarikat mempunyai sifat ‘anti-onani’ yang menganggap perbuatan tersebut
adalah tidak baik untuk kesihatan.
Kellogg juga dikatakan seorang yang tidak selesa dengan seks kerana
menyifatkan ia boleh memudaratkan keadaan fizikal, emosi dan rohani.
Buktinya, sepanjang perkahwinan dengan isterinya, Kellogg dikatakan
tidak pernah menyetubuhi pasangannya sehingga mengambil langkah untuk
tidur di bilik berasingan dengan isterinya.
Baginya, seks dengan isteri adalah perkara yang tidak baik. Namun, melakukan onani itu disifatkan sesuatu yang lebih buruk.
Susulan itu, Kellogg beranggapan penyelesaian yang baik kepada semua
‘penderitaan’ tersebut adalah diet yang sihat yang mana bijiran dan
kacang sebagai ‘pencegah’ kepada masalah itu.
Menurut portal tersebut lagi, Kellogg memulakan perniagaan bersama
adiknya, Will dengan memperkenalkan pelbagai jenis sarapan bijirin
termasuk empingan jagung.
Bagaimanapun, persengketaan antara Kellogg dan adiknya tercetus apabila
Will berhasrat untuk menambah sedikit gula ke dalam empingan jagung itu
membuatkan rasanya lebih sedap tetapi tidak dipersetujui Kellogg.
Akhirnya, dia membuka syarikatnya sendiri iaitu ‘Kellogg’.
Jadi, kepada pengemar Corn Flakes, adakah anda dapat merasai perbezaan selepas menikmati empingan jagung?
Anda tentukan sendiri.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " Sejarah Sebenar ‘Corn Flakes’ Yang Ramai Tidak Tahu "