Pertengahan tahun 1975, Presiden Perancis
menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan
menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati
tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut
baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik
tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta
dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin
Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan
mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi
Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya
oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh
doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di
Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan
am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang
gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr.
Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar
Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun,
mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik
penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa
garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti
terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu
jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan
mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr.
Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik
berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada
laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai
penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah
Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La
Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan
tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam
Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada
Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL
QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara
mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara
sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau
menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang
lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi
moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa
al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun
meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat
diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun
1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan
tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang
terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana
al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari
hancur sejak ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap
Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah
ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum
al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan
Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi
tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan
dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan
yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda,
pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun
yang berjaya menyelamatkan diri.
Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di
tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille
sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang
terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini
menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus
mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk
bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman
Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun
dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran
berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi
pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya
kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh.
Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima
akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk
maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan
keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:
“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak
sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau
kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh
dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada
tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy
Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr.
Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari
dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah.
Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik
tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai
fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”
katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.
Artikel ini dipetik dari blog, Kelab Greenboc yang dimuatnaik pada 1 Februari 2011. Kredit kepada penulis asal, Siti Ainiza.
sumber : penpatah
0 Komentar untuk " Sebab Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini "