Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Posisi Pemain Nombor 1 Dunia Nicol David Dirampas



Posisi pemain nombor satu dunia dalam permainan skuasy Datuk Nicol David akhirnya dirampas setelah 109 bulan beliau menguasai posisi tersebut.

Posisi itu kini berjaya diambil oleh pemain dari Mesir, Raneem El Welily.

Di dalam ranking terbaru Persatuan Skuasy Wanita (WSA) yang telah dikeluarkan pada hari ini, Raneem berjaya mengumpul 2,979 mata berbanding Nicol yang mengutip 2,853 mata.

Nicol bagaimana pun berkata perkara itu memang dijangka dan beliau akan berusaha keras untuk mengambil semula posisi itu.

"Kehilangan posisi itu bukanlah memeranjatkan. Ia sudah dijangka kerana Raneem menjuarai empat daripada enam kejohanan terakhir.

"Sudah tentu ini bukan detik yang terbaik tetapi pada masa sama, ia memberikan saya dorongan tambahan untuk mendapatkan semula ranking pertama itu.

"Selama sembilan tahun sebagai pemain nombor satu dunia, ia memberikan saya satu pengalaman bagi berdepan rintangan, dan kini cabarannya adalah untuk musim akan datang atau harapnya untuk beberapa tahun lagi," katanya memetik laporan Bernama. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Posisi Pemain Nombor 1 Dunia Nicol David Dirampas "

Back To Top