Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Meskipun Usianya Hanya 28 Tahun, Wajah Wanita Ini Berubah Menjadi Tua Dalam Masa Setahun



Pernahkah anda membayangkan apabila wajah anda tiba-tiba berubah seperti wajah seorang nenek dalam waktu yang singkat? Setiap orang pastinya akan mengalami proses penuaan apabila usia semakin meningkat.  Tetapi jika proses penuaan itu terjadi terlalu cepat dan aneh, siapapun pasti akan merasa panik. Kejadian ini dialami oleh seorang wanita yang tinggal di daerah Henan, China ini. Aneh tapi nyata, Hu Juan yang baru berusia  28 tahun kelihatan seperti seorang nenek yang berusia 60 tahun akibat penyakit ganjil yang dialaminya.
Daripada informasi laman web english.sina.com, wajah Hu Juan berubah setelah dia melahirkan anak lelakinya pada tahun 2003 yang lepas.  Kedutan muncul di kulit wajahnya dan di leher dalam masa yang singkat dan jelas kelihatan ketara.    Sementara bahagian kulit lain tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Hu kerap dianggap  sebagai ibu kepada suaminya oleh orang ramai ketika mereka sedang berjalan berdua. Wajahnya yang penuh kedutan itu betul-betul membuatkan dirinya kelihatan 40 tahun lebih tua daripada usianya yang sebenar.
Meskipun kulit wajahnya  seperti nenek tua, tetapi suara,  dan tenaganya tidak berubah. Orang-orang yang sudah mengenali  Hu dan rapat dengan dirinya percaya  bahawa individu di sebalik kulit wajah tua itu adalah Hu. Hu menderita sebuah penyakit ganjil yang dinamakan Cutis Laxa. Tidak lebih dari 10 orang di dunia yang menderita penyakit ini.
Doktor di Shanghai mengatakan bahawa satu-satunya kaedah  yang paling berkesan untuk menyembuhkan penyakit ini adalah adalah dengan pembedahan plastik. Melalui pembedahan plastik, kulit yang kelihatan keriput dan kedutan wajah yang serius boleh dihilangkan dan lemak akan dimasukkan ke bahagian wajah serta lehernya.
Penyakit ganjil ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Bersyukurlah kita semua yang masih memiliki wajah sempurna dan semoga Hu  mendapat rawatan yang terbaik untuk dirinya.



sumber : SajaKongsi
0 Komentar untuk " Meskipun Usianya Hanya 28 Tahun, Wajah Wanita Ini Berubah Menjadi Tua Dalam Masa Setahun "

Back To Top