Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Guru Besar Kotakan Janji Terhadap Pelajarnya Untuk Terjun Dari Bangunan Sekolah

Screen Shot 2015-09-03 at 2.46.50 PM

Kami rasa ini adalah guru besar yang paling “cool” dan “sporting” sekali.
Video yang dikongsikan di halaman Facebook Oh! Media ini sangat mencuit hati kami di mana seorang bekas guru besar di sebuah sekolah rendah bertindak terjun dari bangunan tingkat satu sekolah berkenaan. Tindakannya itu bagi mengotakan janjinya terhadap pelajarnya yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR).

Video yang berdurasi selama 3 minit 14 saat itu menunjukkan bekas guru besar itu memanjat bangunan tersebut dan 2 orang guru lelaki yang berada di situ juga turut membantunya.
Pelajar-pelajar juga kelihatan bersorak untuk memberikan sokongan kepada bekas guru besar ini. Pada mulanya, bekas guru besar ini kelihatan sedikit cuak dan takut untuk terjun dari bangunan itu tetapi seorang guru memulakan terjunan dahulu. Selepas yakin dengan keadaan di situ yang terkawal dan selamat, tiba giliran bekas guru besar itu melakukan aksi terjunan.

Video ini menarik perhatian ramai pengguna laman sosial dan dikatakan insiden ini berlaku di Sekolah Kebangsaan Batu Kitang, Kuching, Sarawak. Video ini mendapat sebanyak 33 ribu tontonan oleh pengguna Facebook dan mendapat sebanyak 400 perkongsian.


Sumber: SajaKongsi
0 Komentar untuk " Guru Besar Kotakan Janji Terhadap Pelajarnya Untuk Terjun Dari Bangunan Sekolah "

Back To Top