KUALA LUMPUR: Satu kejadian kemalangan dilaporkan berlaku di Jalan
Kuching pada jam 7 pagi tadi membabitkan tiga buat kenderaan, iaitu van,
kereta dan sebuah motorsikal.
Sebuah kenderaan terbakar, namun identiti mangsa sehingga kini tidak dapat dipastikan.
“Kejadian itu berlaku di kawasan pembinaan jambatan dan dalam
kemalangan itu salah sebuah kenderaan yang terlibat telah terbakar
seterusnya mengakibatkan kesesakan lalu lintas kerana berlaku di waktu
puncak,” demikian memetik jurucakap bomba.
Bagaimanapun kemalangan itu dinafikan berpunca daripada kejadian
jambatan runtuh, sebagaimana disebarkan melalui aplikasi Whatsapp. -Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " [GAMBAR DAN VIDEO] Kemalangan Di Jalan Kuching Bukan Disebabkan Jambatan Runtuh "