Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Doktor Kacak Ini Pasti Buatkan Setiap Wanita Ingin Mendapat Rawatan Darinya

Screen Shot 2015-09-04 at 12.34.09 PM

Beliau  adalah seorang doktor biasa, namun parasnya yang tampan membuatkan dirinya menjadi bahan perbincangan dan perhatian Netizen. Tidak hairan, dalam jangkamasa singkat sahaja  Instagram miliknya mempunyai lebih dari 400,000  pengikut. Selain wajahnya yang tampan, badannya yang gagah dan “sado” menjadi  daya penarik. Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi personaliti yang bernama Dr. Mike ini.
Screen Shot 2015-09-04 at 12.36.04 PM
“Dr. Mike 2nd year medical resident NYC/MIA An avid explorer of life Just a man and his dog against the world,” tulisnya di bio akaun Instagram. Beliau merupakan seorang doktor yang kemungkinan besar masih lagi bujang dan sangat sayang terhadap haiwan peliharaannya. Doktor ini memiliki seekor anjing menawan jenis Siberian Husky yang bernama Roxy. Jika anda lihat gambar di akaun Instagram miliknya, anda akan nampak banyak foto Dr. Mike bersama Roxy.
Screen Shot 2015-09-04 at 12.37.36 PM
Boleh dikatakan doktor ini sangat penyayang dan juga merupakan seorang pencinta haiwan. Bukan itu sahaja, doktor ini memiliki hobi bermain tenis dan berenang. Susuk tubuh badannya yang kelihatan seperti atlet membuatkan ramai kaum wanita tergoda dengannya. Doktor Mike juga seorang yang “fashionable” dan amat menitikberatkan gaya pemakaiannya.
Screen Shot 2015-09-04 at 12.38.35 PM
Dia juga sering memuatnaik gambar tubuh seksinya di laman Instagram peribadi.  Jenna Mullins, yang merupakan wartawan untuk E! Online, baru-baru ini menulis dalam  artikelnya menyatakan Dr. Mike adalah doktor paling menawan di Instagram. “Is He The Most Adorable Doctor on Instagram? (Answer: Probably),” tulisnya.
Screen Shot 2015-09-04 at 12.39.59 PM
Tertarik untuk menjadi pesakit Dr. Mike? Kami cadangkan sebagai langkah permulaan, “follow” dulu  Instagramnya, @doctor.mike.
Screen Shot 2015-09-04 at 12.41.01 PM

Screen Shot 2015-09-04 at 12.41.57 PM

Screen Shot 2015-09-04 at 12.42.43 PM
Sumber :sajakongsi
0 Komentar untuk " Doktor Kacak Ini Pasti Buatkan Setiap Wanita Ingin Mendapat Rawatan Darinya "

Back To Top