Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Buku "Siapa Kata Tidak Dijawab" Rangkuman Jawapan Terhadap Tuduhan Mengenai 1MDB



KUALA LUMPUR: Pihak kerajaan dan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjawab segala tuduhan bersabit kontroversi hutang berjumlah RM42 bilion di dalam sebuah buku bertajuk "Siapa Kata Tidak Dijawab".

Ia mengandungi jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Presiden serta Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kandasamy.

Buku berkenaan setebal 62 muka surat dan diterbitkan oleh  Jabatan Hal Ewal Khas Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan diedarkan buat pertama kali di Majlis Amanat Hari Kebangsaan pada 30 Ogos lalu.

Buku berkenaan bertujuan merungkai tuduhan pembangkang dan Tun Mahathir Mohamad mengenai saluran dana syarikat berkenaan, menyenaraikan fakta sepenuh mengenai pengagihan pelaburan yang dibuat termasuk  RM18 bilion yang diguna untuk pembelian loji tenaga bebas (IPP).

Malah ia menyangkal tuduhan bahawa wang syarikat itu disalur kepada ahli perniagaan Jho Low. Tuduhan itu banyak diputarbelitkan oleh pembangkang dan dikatakan antara skop siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), selain turut menjelaskan mengenai RM1 juta yang diterima syarikat dalam bentuk ekuiti daripada kerajaan pada 2009 dan pinjaman jangka pendek sebanyak RM950 juta pada Mac tahun ini.

"1MDB tidak memperoleh pembiayaan secara langsung daripada kerajaan dan perlu mendapatkan dana sendiri daripada pasaran modal tempatan serta antarabangsa. Sejumlah RM42 bilion itu adalah dalam bentuk pinjaman bank, bon dan sukuk," menurut penjelasan dalam buku tersebut. -Siakapkeli.my
 
0 Komentar untuk " Buku "Siapa Kata Tidak Dijawab" Rangkuman Jawapan Terhadap Tuduhan Mengenai 1MDB "

Back To Top