Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

4 Iklan Thailand Ini Pasti Membuat Anda Menitiskan Air Mata

Iklan di Thailand sangat terkenal kerana mempunyai unsur inspirasi dan turut menyentuh hati sehingga  membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya pasti menjatuhkan air mata.
Bukan hanya sekadar untuk memperkenalkan dan mempromosikan sebuah produk,  iklan ini juga mempunyai pesanan moral yang sangat bernilai. Walaupun hanya sebuah iklan, tetapi jalan ceritanya amat menarik dan sampai ke jiwa penonton.

Berikut adalah 4 iklan dari Thailand yang paling memberi inspirasi dan menyentuh perasaan berjuta orang yang menontonnya serta mempunyai mesej tentang nilai moral yang amat mendalam.

4. Kebaikan pastinya akan dibalas dengan cinta dan kasih-sayang yang tulus


Video yang berdurasi selama 3 minit 5 saat ini menceritakan seorang lelaki  yang sangat baik hati. Dia selalu membantu insan yang memerlukan pertolongan tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Kebaikan dan pertolongan yang dilakukan oleh lelaki itu bukan dibalas dengan limpahan harta, tetapi kasih sayang yang tulus serta abadi dari orang-orang yang pernah dibantunya. Dia memperolehi cinta dan kasih-sayang, iaitu sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.


3. Dengan hanya  pemberian kecil, ianya  dapat mengubah hidup seseorang
Sekecil apapun pemberian anda kepada orang lain, pastinya ia akan dibalas dengan sesuatu yang besar pada suatu hari nanti. Cepat atau lambat, kebaikan pasti akan dibalas lagi dengan mendapat seribu kebaikan!


2. Pengorbanan ibu yang sungguh berat demi anak tercinta yang menghidap penyakit buah pinggang



Ibu ini melakukan senaman dan aktiviti berat  demi anaknya yang menderita penyakit buah pinggang. Satu-satunya cara untuk menyembuhkan penyakit anaknya adalah dengan menjalani pemindahan organ. Namun sayang,  si ibu tidak boleh mendermakan buah pinggangnya kerana masalah obesiti. Doktor menyarankan agar ibu ini mengurangi berat badan sebanyak 20 kg jika ingin melakukan pemindahan organ.
Doktor dengan berat hati mengatakan kepada ibu itu, apakah dia sanggup untuk menjalani  program penurunan berat badan  meskipun sungguh penat dan berat. Lalu si ibu itu menjawab, “Tidak ada yang lebih berat selain kehilangan anakku tercinta.”

1. Jangan terlalu cepat menilai seseorang dan memandang rendah walaupun mereka hanya seorang pengemis


Dalam video ini, seorang pemilik kedai selalu memukul seorang pengemis yang setiap hari tidur di depan kedainya. Setiap kali dia buka kedai dan lihat pengemis ini, dia akan siram dengan air, pukul dengan penyapu dan lemparkan kata-kata kesat kepadanya. Padahal, pengemis ini tidak sedikit pun menyentuh pemilik kedai tersebut. Tapi, pada suatu pagi apabila lelaki ini membuka kedainya, dia pelik kerana pengemis tadi sudah tidak lagi tidur di depan kedainya. Saksikan kesudahan video ini yang pastinya akan menyentuh perasaan anda.
Di dunia ini, walau apa jua pangkat kita jangan pernah memandang orang seperti ini hina kerana dia juga manusia yang punya hati dan perasaan.

sumber : SajaKongsi

0 Komentar untuk " 4 Iklan Thailand Ini Pasti Membuat Anda Menitiskan Air Mata "

Back To Top