Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

3 Pelajar wanita ugut terjun dari Tingkat 3 hotel - Viral-X



Alor Setar : Kerana terlalu panik dan takut perbuatannya diketahui keluargam seorang pelajar berusia 21 tehun telah meraung dan mengugut untuk terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet di bandar raya ini selepas bilik hotel yang diinapi bersama kekasihnya diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), semalam.

Memetik laporan Harian Metro, pelajar berkenaan yang berasa daripada Perak telah meminta simpati pihak JAIK untuk melepaskannya kerana bimbang perbuatannya diketahui keluarga.

Dia telah ditemui oleh pihak JAIK bersembunyi di dalam bilik air dengan memakai seluar panjang dan singlet manakala pasangan lelakinya berusia 20-an memakai kemeja-T dan seluar panjang turut berada dalam bilik berkenaan.

Meneurut Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa dan Undang-Undang JAIK Syeikh Roshidi Mahmud berkata, pihaknya telah menjalankan operasi mencegah maksiat di sebuah bilik hotel berkenaan kira-kira jam 1 pagi dan mendapati pintu berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas pintu diketuk beberapa kali, seorang lelaki membukanya dan terkejut apabila melihat kehadiran pihak berkuasa. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " 3 Pelajar wanita ugut terjun dari Tingkat 3 hotel - Viral-X "

Back To Top