Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

VIDEO: Namawee Sebar Mesej Keamanan dan Perpaduan Sempena Merdeka Tahun Ini



Namawee, yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi melalui video menghina lagu kebangsaan Negaraku kini sekali lagi tampil dengan satu video sempena hari kemerdekaan. 

Memaparkan tema berbilang kaum, video berkenaan diberi tajuk Merdeka Shuffle 4.0- Namawee @ Lowyat Plaza.

 Berdurasi 4:31 minit, Namawee dan beberapa lagi individu di dalam video berkenaan menari shuffle sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan menggayakan pakaian dan tarian tradisional pelbagai kaum di negara ini.

Mesej yang ingin disampaikan Namawee adalah keamanan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Turut dipaparkan di dalam video berkenaan adalah insiden pergaduhan antara peniaga dan pelanggan di Plaza Low Yat yang pernah berlaku pada bulan puasa lalu.

Video terbaru Namawee sehingga kini ditonton lebih 500,000 pelayar semenjak ia dimuatnaik pada 24 Ogos lalu. Malah ia juga mendapat maklum balas yang positif. -Siakapkeli.my


 
 
 
0 Komentar untuk " VIDEO: Namawee Sebar Mesej Keamanan dan Perpaduan Sempena Merdeka Tahun Ini "

Back To Top