Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

[ INSPIRASI] Pekerja Walmart Ini Sumbang Seluruh Gajinya Untuk Membantu Pelajar Sekolah Yang Miskin

Screen Shot 2015-08-28 at 2.17.40 PM

Bersedekah atau menghulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan boleh dilakukan oleh siapa sahaja tanpa harus menunggu untuk menjadi kaya. Asalkan ada kemahuan, pastinya perbuatan yang murni dan mulia ini boleh direalisasikan seperti yang dilakukan oleh seorang pemuda bernama Kristopher Hudson.

Usianya masih muda lagi iaitu 18 tahun. Dia tidak seperti anak-anak muda lain yang menghabiskan masa mereka dengan berfoya-foya dan juga terlibat gejala negatif. Kris bekerja sebagai seorang pembantu kedai Walmart. Pekerjaannya  setiap hari adalah menyediakan barang  dan melayani pembeli. Dia memperolehi gaji sebanyak $USD66 setiap minggu.

Perkara yang menakjubkan tentang dirinya ialah dia menggunakan gajinya itu untuk membelikan alat tulis untuk pelajar yang tidak berkemampuan dan membiayai yuran sekolah bagi pelajar miskin. Dengan gaji sebanyak itu, dia dapat membeli sebanyak 300 alat tulis untuk keperluan persekolahan untuk diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

“Saya percaya dengan membantu orang lain walaupun bantuan saya ini tidak seberapa, pastinya saya akan mendapat ganjaran yang setimpal nanti” ujar Kris. “Saya hanya ingin membuat mereka bangga dan tersenyum.” itulah jawapan Kris apabila ditanya tujuan beliau untuk berbuat demikian.

sumber :sajakongsi
0 Komentar untuk " [ INSPIRASI] Pekerja Walmart Ini Sumbang Seluruh Gajinya Untuk Membantu Pelajar Sekolah Yang Miskin "

Back To Top