Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

[TERKINI] Pesawat MASwings Tergelincir, Kesemua Penumpang Terselamat



Sibu - Pesawat MASwings Twin Otter MH3553 hari ini dilaporkan tergelincir dari landasan di Lapangan Terbang Mukah pada jam 2.02 petang hari ini.

Bagaimanapun, dua juruterbang dan lapan penumpang yang menaiki pesawat tersebut terselamat.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Jimmy Panyau, tiada kecederaan atau kerosakan pada pesawat yang terlibat.

"Setakat ini pihak Malaysia Airport Berhad (MAB) Mukah masih menunggu maklum balas daripada MAB Miri untuk tindakan selanjutnya," katanya memetik laporan Bernama. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " [TERKINI] Pesawat MASwings Tergelincir, Kesemua Penumpang Terselamat "

Back To Top