Melalui komen-komen serta gambar yang dikongsikan oleh pasangan kekasih ini, ada yang mengandaikan mereka sudah pun berpisah. Bagaimanapun, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan jawapan daripada Nora Danish juga gagal bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi sekarang.
Tidak dinafikan ketika ini pelakon tersebut sememangnya banyak dilanda kontroversi dan juga serangan bertalu-talu daripada pihak yang mahu melihatnya jatuh dan kini beberapa gambar yang dimuatnaik oleh kekasihnya Nedim bagaikan memberi bayangan mengenai status hubungan mereka – atau mungkin mereka ada kejutan kepada peminat sebenarnya?
Malah, Nedim yang biasanya selalu juga memuatnaik gambar Nora dengan caption yang sweet di Instagram, kini tidak lagi berbuat demikian. Bagi peminat pasangan ini, pastinya mereka ternanti-nantikan apa sebenarnya yang berlaku, #PeminatPerluTahu.
Kami pasti mahu pun Nora atau Nedim, masing-masing mempunyai penjelasan dalam perkara ini. Mungkin mereka menunggu masa yang sesuai untuk menjelaskan apa yang berlaku ketika ini. Tidak mahu mengatakan perkara ini benar atau tidak, namun harapnya semua berjalan lancar dan baik-baik saja hendaknya.
Sumber: ROTIKAYA
0 Komentar untuk " Nora Danish dan Nedim berpisah? "