Kenapa Polis Peronda Dikecualikan Memakai Tali Pinggang Keledar
Kenapa Polis Peronda Dikecualikan Memakai Tali Pinggang Keledar
Sebagai orang awam mungkin kita agak pelik dengan peraturan yang mewajibkan semua pemandu kereta(awam) memakai tali pinggang keledar sedangkan polis tidak diwajibkan. Polis selalunya mengeluarkan saman kepada orang awam yang tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu kereta walha polis sendiri tidak memakai tali pinggang keledar. Ini mungkin membuatkan ramai tidak berpuas hati.
Jawapan di bawah ini mungkin dapat menjelaskan kepada kita semua mengapa polis peronda tidak diwajibkan memakai tali pinggang keledar semasa membuat rondaan.
Jawapan
Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP bagi memudahkan mereka melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan. Cuba bayangkan jika anda seorang petugas kereta peronda dan anda terserempak atau berhadapan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan mereka melakukan tindakan segera. Pasti tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan anda berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut.
Fikirkan. PDRM tidak membekalkan setiap anggotanya memakai senjata berat tetapi pistol yang kedudukannya berada di pinggang. Tali pinggang keledar akan jadi penghalang. Kerana itu diberi pengecualian. Harap maklum
sumber :Blog Ammar
0 Komentar untuk " Kenapa Polis Peronda Dikecualikan Memakai Tali Pinggang Keledar "