Sekali pandang, lelaki Cina ini, Kuan Chee Heng juga sama seperti manusia yang lain. Menetap di Malaysia dan hidup aman damai seperti yang lain.
Namun apa yang membezakan lelaki ini dengan rakyat Malaysia yang lain ialah sikap suka membantu orang dalam kesusahan.
Baginya kita tidak hanya perlu kaya di dalam poket, tapi kita perlu kaya di dalam hati dengan setiap apa yang kita lakukan. Ikuti kisah menarik uncle Kuan ini. Inspiring story!
Uncle Kuan
Untuk pengetahuan Uncle Kuan merupakan seorang presiden bagi Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia dan beberapa jawatan lain namun dirinya cukup gemar melakukan kerja-kerja amal bagi membantu orang ramai tak mengira kaum di Malaysia.
Malah dirinya sering kali diundang oleh beberapa organisasi bagi memberikan ucapan dan berkongsi kisahnya.
Walaupun bantuannya tidaklah seberapa namun ianya cukup bermakna dan memberi harapan kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.
Tolong makcik belikan basikal
Kami beri mereka cahaya dan harapan
Mata masuk habuk
Walaupun dia tak pernah minta makanan tapi..
Beri apa yang mampu
Ayuh Malaysia!
Keseronokan bukan hidangan yang disediakan tapi..
Tugas kita menjaga yang lebih tua
Banyak lagi pertolongan yang telah dilakukan oleh Uncle Kuan ini di laman Facebook miliknya yang membuat kami kagum.
Jadi apa alasan kita untuk tidak membantu orang lain? Lelaki ini telah buktikan kita tak perlu kaya untuk membantu. #kipidap uncle!
Sumber : OH BULAN
0 Komentar untuk " [ INSPIRASI] Lelaki Cina Ini Bukan Jutawan Namun Sikap Baik Hatinya Menolong Semua Kaum Di Malaysia Patut Dicontohi "