Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Hmmmmm...Kira-Kira 1.68 Juta Lelaki Di Malaysia Lemah Tenaga Batin




KUALA LUMPUR: Satu angka yang agak mengejutkan di mana kira-kira 1.68 juta orang lelaki di Malaysia berumur 40 tahun keatas dikatakan mengalami Disfungsi Erektil (ED) atau lemah tenaga batin.

Perkara ini didedahkan oleh Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho di mana kebanyakan mereka segan atau takut untuk merujuk masalah ini kepada pakar untuk mengetahui lenbih lanjut mengenai rawatannya.

"Terdapat banyak cabaran untuk merawat ED terutamanya akibat keengganan mereka berbincang secara berterus terang tentang masalah itu atau dihalang oleh kepercayaan berasaskan budaya dan set minda," katanya dipetik mStar Online ketika berucap pada Persidangan Mengenai Peranan Ahli Farmasi Dalam Menangani ED di sini, Selasa.

Masalah ED ini ialah ketidakmampuan berterusan atau secara berulang untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan secukupnya bagi melakukan hubungan seks dengan memuaskan.

Selain itu, NAncy turut memberitahu keadaan psikologi dan emosi seperti stres, kemurungan atau kerisauan serta kehilangan harga diri boleh menjadi punca ED.

"Rawatan ED tidak patut dipandang remeh...kini terdapat pelbagai kaedah rawatan dan pesakit hanya perlu berunding dengan doktor tentang bentuk rawatan yang perlu dilakukannya," kata Ho.
0 Komentar untuk " Hmmmmm...Kira-Kira 1.68 Juta Lelaki Di Malaysia Lemah Tenaga Batin "

Back To Top