Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Perkara remeh yang sering kita lakukan dan mencerminkan siapa diri kita. #4 sangat tepat - Viral-X

etiap orang mempunyai ragam dan kesukaan yang berbeza. Namun dari perbezaan itulah timbul perkara yang boleh mengungkap keperibadian atau karakter seseorang.
Seperti beberapa perkara kecil yang sering anda lakukan ini, ternyata ianya mencerminkan karakter dan keperibadian anda. Ayuh lihat keperibadian anda melalui perkara kecil berikut.

1. Kebersihan dan kerapian rumah anda.


Sebuah kajian di British mendapati hanya 26 saat diperlukan bagi seseorang menilai diri anda hanya melalui gaya penampilan rumah anda. Jika rumah anda tidak berbau busuk, seseorang itu akan membuat penilaian positif terhadap diri anda. Keduanya adalah melihat kekemasan dan kebersihan rumah anda sama ada bersih atau tidak.


2. Gaya selfie


Sebuah kajian mendapati  orang di sekitar anda boleh menilai karakter diri anda dari gaya selfie yang sering anda lakukan. Individu akan menilai dari ekspresi yang anda tunjukkan di hadapan kamera sebagai contoh jika gambar anda banyak tertangkap  dengan emosi ‘natural’, orang ramai akan berpendapat anda adalah seorang yang terbuka dan suka melakukan perkara baru.

3. Muzik kegemaran anda

Ramai orang menilai seseorang dari “taste” muzik. Kajian mendapati bahawa individu yang mendengarkan lagu “kompleks dan reflective” seperti lagu indie atau genre lagu yang unik, kebiasannya dia adalah jenis orang yang berfikiran secara terbuka serta gemarkan pengalaman baru. Mereka juga dianggap kreatif kerana sering mengeluarkan idea-idea baru.

4. Warna kegemaran

Warna kegemaran bagi setiap individu adalah berbeza dan perkara ini juga mencerminkan watak dan keperibadian diri anda. Misalnya jika anda suka dengan warna merah, anda mempunyai kecenderungan mengejar kepuasan dan pantang untuk mudah menyerah kalah. Lain pula dengan warna kuning, jika anda suka warna kuning bererti anda seorang yang ceria, suka belajar benda baru dan sangat bahagia.

5. Menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan


Individu yang lebih sukakan kucing dikategorikan sebagai seorang yang periang dan sensitif. Memiliki kucing dapat membantu seseorang merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood. Selain itu, mereka juga dikatakan adalah orang yang tidak suka dengan long-term relationship.
Ternyata perkara kecil yang kami senaraikan ini ada benar juga kan

sumber : Sajakongsi
0 Komentar untuk " Perkara remeh yang sering kita lakukan dan mencerminkan siapa diri kita. #4 sangat tepat - Viral-X "

Back To Top