Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

[ PANASS] Mana Bukti rekaan tudung Sugarscaff dah dipatenkan? - Viral-X



Pemilik dan pengasas Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya telah tampil untuk menjawab isu mengenai rekaan tudungnya yang didakwa telah meniru rekaan butik SugarScarf.

Neelofa dalam kenyataan menyifatkan perbuatan pihak berkenaan yang menuduhnya menciplak rekaan tudung keluaran syarikat lain dalah satu perbuatan yang tidak profesional.

“Sebagai salah seorang pengarah serta pengasas NaelofarHijab, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan isu ini. Jika benar pihak berkenaan ikhlas ingin mencari penyelesaian, bukanlah dengan memperbesarkan atau menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat”

“Jika pihak itu merasakan yang mereka mempunyai bukti yang kukuh, adalah digalakkan supaya hal ini dapat dikendalikan secara lebih profesional dan bertindak melalui saluran yang betul dengan meminta peguam mereka menulis secara rasmi atau berhubung terus dengan ‘team’ perundangan syarikat kami”

“Saya telah menyatakan dengan baik, kepada individu tersebut (pengasas Sugar Scarf) apabila beliau menghubungi saya secara peribadi agar terus berhubung dengan peguam syarikat agar perkara ini dapat dileraikan dengan rasional dan lancar,” katanya dipetik dari mStar Online.

Neelofa yang juga merupakan seorang pelakon meminta pihak yang menuduhnya itu mengemukakan bukti bahawa rekaan tersebut sudah dipatenkan.

“Sekiranya produk yang dinyatakan sudah dipatenkan oleh pihak tertentu, sila kemukakan bukti. Setahu kami produk ini belum berpaten atau menjadi hak milik mana-mana syarikat,” katanya. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " [ PANASS] Mana Bukti rekaan tudung Sugarscaff dah dipatenkan? - Viral-X "

Back To Top