Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Nak Apply personal loan? Baca ini dahulu - Viral-X



Pinjaman peribadi adalah sejenis pinjaman 'unsecured' yang boleh membantu di saat kita memerlukan. Tak dapat dinafikan pinjaman peribadi lebih mudah diproses dan diluluskan, menjadikan ia sebagai salah satu pilihan ketika seseorang itu memerlukan wang.
Namun sebelum membuat pinjaman peribadi, pastikan dulu anda melihat 5 perkara ini

Kadar bunga : Disebabkan pinjaman peribadi adalah jenis 'unsecured', ia didatangkan dengan kadar bunga yang tinggi. Ini kerana peminjam tidak perlu menyimpan mana-mana aset sebagai cagaran. Di Malaysia, peminjam boleh mendapatkan kadar bunga serendah 6%. Seboleh-bolehnya cuba kurangkan kadar bunga.
Caj Penalti : Jika peminjam gagal membayar tepat pada waktu, biasanya peminjam akan dikenakan penalti yang akan dikenakan ke atas akaun peminjam. Pastikan dahulu caj penalti yang dikenakan tidak terlalu membebankan supaya di masa hadapan pinjaman ini tidak akan memakan tuan.
Sejarah Kredit : Sebelum memohon untuk pinjaman, pastikan dahulu sejarah kredit cantik supaya pinjaman lebih senang lulus. Jika ada yang tertunggak, pastikan ia dibayar terlebih dahulu.
Cari promosi : Pinjaman peribadi pun ada promosi. Sekarang, BSN ada menawarkan pinjaman pada kadar bunga serendah 4.49% bagi kakitangan swasta dan 3.49% bagi kakitangan kerajaan. Cari promosi dahulu sebelum membuat sebarang keputusan memohon pinjaman. 
Keperluan atau kemahuan ? : Ini yang paling penting sekali. Jika mahu membuat pinjaman semata-mata untuk membeli iPhone, tidak perlulah. Tetapi jika untuk perniagaan, ia tindakan yang betul. Secara pokoknya, jika pinjaman itu akan memberikan pulangan di masa hadapan, anda digalakkan untuk meminjam tetapi jika pinjaman itu tidak akan memberi pulangan di masa hadapan, kami nasihatkan anda tidak meminjam.
Pastikan anda meneliti kelima-lima perkara diatas sebelum membuat pinjaman peribadi - Siakapkeli.my

0 Komentar untuk " Nak Apply personal loan? Baca ini dahulu - Viral-X "

Back To Top