Jarang kita lihat orang makan sehingga licin pinggannya kan. Kalau ya pun mungkin akan ada sedikit sisa-sisa nasi yang tertinggal. Namun, anda akan didenda jika tidak menghabiskan makanan walaupun sebutir nasi!
Ada sebuah restoran di Sapporo, Jepun ni mengenakan denda kepada pelanggannya yang tidak menghabiskan makanan mereka hatta sebutir nasi sekalipun. Peraturan itu dibuat oleh restoran makanan laut Hachikyo yang bertujuan untuk mengajar pelanggan mereka untuk lebih menghargai makanan memandangkan banyak lagi negara di luar sana yang kekurangan makanan.
Nampaknya bukanlah sesuatu yang mudah untuk menghabiskan makanan di restoran ini kerana nasinya saja sudah setinggi bukit. Sebelum mengambil tempahan, pelayan restoran akan menerangkan peraturan kepada pelanggan sebagai persediaan sama ada mereka mampu menghabiskan setiap butiran nasi atau pun tidak.
Jadi jika pelanggan setuju barulah tukang masak akan menyedikan makanan yang dipesan. Jika tak habis, pelanggan akan didenda dengan membayar sejumlah wang dan wang tersebut akan disalurkan ke badan amal.
Selain untuk mengelakkan pembaziran, peraturan itu juga bertujuan untuk menghargai kepayahan para nelayan yang berusaha menangkap ikan untuk disajikan di restoran tersebut. Bagus betul restoran macam ni ya. Kalau di Malaysia, berjuta-juta tan sehari sisa makanan yang tidak habis. Makanan pun sedap-sedap pula tu.
Jadilah orang yang lebih bersyukur dan elakkan pembaziran.
sumber : Sajakongsi
0 Komentar untuk " Lihat apa yang berlaku jika anda gagal habiskan walau sebutir nasi di Restoran ini - Viral-X "