Menyedihkan Sebuah Kampung Murtad Di Sabah
| Berikut adalah laporan yang diceritakan oleh seorang pendakwah,
Rosmadi Nawi dan jemaah yang kini sedang berdakwah di Sabah. Mereka
telah menjejaki masjid yang sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg
Langkabong, Tongod, Sandakan, Sabah. Menurut apa yang diceritakan oleh
Ustaz Ebit Lew, penduduk kampung di Sandakan itu semuanya telah
dimurtadkan. Berikut adalah laporan dari seorang Imam Daerah Tongod,
Imam Daim yang mereka temui minggu lepas selepas solat jumaat di Masjid
Kg Entilibon:
Kelmarin (6 Julai 2014) saya bersama
amir jemaah (Maulana Jamal) dengan menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga
Pakistan (Poushto) telah nekad untuk menziarahi Kg Langkabong. Kampung
tersebut terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari masjid daerah
Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut
kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah oleh peniaga Pakistan
dan tak terlintas di dalam hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah
meredah semak sejauh kira-kira 70 meter dari jalan ternampak
samar-samar bangunan usang di sebalik semak samun.
Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid
tersebut dan naik ke dalam dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yang
runtuh dan kotoran yang bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami
bergotong-royong membersihkan kotoran di dalam masjid itu. Jemaah kami,
Badrul Munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solat sunnat 2
rakaat di rumah Allah yang telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami
bersihkan masjid tersebut sekadar yang termampu, kami beredar dengan
perasaan sedih.
Setelah beredar dari masjid kami
diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yang ada 2 keluarga yang masih
beragama Islam. Kami buat keputusan untuk menziarahi mereka. Pakcik
Awang yang berketurunan Bajau dan memang asal dilahirkan Muslim.
Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yang memeluk agama Islam.Bapa
dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.
Beliau menceritakan sejarah pengislaman
dan kemurtadan beramai-ramai di Kg Langkabong ini. Di sekitar tahun 1979
hingga 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang)
di Kg Langkabong. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka
telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 tahun.
Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yang bernama
Abdul. Balik dari kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal
Masjid Langkabong. Selepas itu berlaku usaha gigih pendakwah Kristian
yang bertubi-tubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang
telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yang sampai sekarang masih
menggunakan nama Abdul.
Masjid Langkabong akhir sekali digunakan
di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang. Mengikut Imam Daerah
Tongod, Ustaz Daim yang kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini
adalah sasaran yang terkuat pendakwah Kristian di seluruh Sabah.
Ianya berlaku apabila umat Islam sebagai
pendokong agama yang haq tidak menjalankan tugas mereka yang sebenarnya
sebagai Dae’i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak. Kata Syeikh
Saad Al Kandahlawi, “Gejala kemurtadan tidak akan berlaku jika setiap
orang Islam menjadikan diri mereka daei Allah.”
Beliau menceritakan kisah seorang
sahabat Abdullah B. Khuzafah ra yang mempertahankan imannya dari murtad
walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh. Sehinggakan beliau
menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa. Katanya “‘Kalaulah
nyawaku sebanyak bulu roma di badanku, nescaya akanku korbankan satu
persatu untuk agama Allah”.
Semoga kita semua jadikan diri kita,
seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae’i, nsyaAllah. Laporan Dr
Rosmadi dan Jemaah. Berikut kami kongsikan gambar surau yang usang yang
telah ditinggalkan penduduknya lebih 20 tahun lalu. Diharapkan
perkongsian ini membuka mata hati kita seluruh umat islam di Malaysia
supaya lebih peka kepada saudara Islam di tempat lain.
sumber :kisahbest.org
0 Komentar untuk " Menyedihkan Sebuah Kampung Murtad Di Sabah "