KENAPA BRUNEI TIDAK BERSAMA MALAYSIA?
Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa
Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman
telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil
balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan
kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu
menghadapi masalah pentadbiran.
Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak
dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah
Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah
sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang
tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke
atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu
Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.
Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung
ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British
akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn
syarat-syarat di atas.
Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini
bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh
negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat
antarabangsa.
Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang
tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga
peringkat tinggi dan sebagai nya.
Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah
melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat
tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan
kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei
mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan
peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki
untuk berada di Brunei.
Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat
yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan
perhatian yang serius.
Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III,
bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura
keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya “Kamu sudah
seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu”
Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan
sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah
yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama
membentuk Malaysia?
Andaian Saya (Penulis):
1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95%
hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.
2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)
3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari
sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90
(B$0.36)
4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.
5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji
mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi
bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri
jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.
6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.
7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk
sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai
kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.
Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin…
sumber :penpatah
0 Komentar untuk " Kenapa Brunei Tidak Bergabung Dengan Malaysia? "