Berikutan gambar dua wanita membawa anjing di dalam troli di KLIA menjadi viral di media sosial, pihak lapangan terbang telah mengambil tindakan dengan menyertu troli yang terbabit.
Melalui kenyataan dari akaun Twitter, Malaysia Airports menulis :
"Dimaklumkan bahawa binatang peliharaan tidak dibenarkan di dalam kawasan terminal lapangan terbang kami. Terdapat notis yang diletakkan untuk mengingatkan orang ramai tentang peraturan ini.
"Merujuk kepada insiden seekor anjing yang dibawa ke KLIA semalam, pihak lapangan terbang kami telah mengambil tindakan sewajarnya dimana troli yang terlibat telah diasingkan untuk di bersihkan (sertu).
Bagaimanapun netizen memandang sinis dengan kenyataan terbabit dengan menyifatkannya sebagai "sebagai penyedap hati" sahaja.
Setelah itu, seorang pengguna Twitter, Kadri Azmi, memuat naik dua keping gambar yang dipercayai proses sertu troli di lapangan terbang oleh seorang wanita.
Sebelum ini, tindakan dua wanita membawa seekor anjing menaiki troli lapangan terbang KLIA menjadi viral dan mendapat kritikan netizen. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Bawa Anjing Dalam KLIA : Pihak Lapangan Terbang Ambil Tindakan "