Ada sebuah pepatah mengatakan “kuasa
mutlak akan memusnahkan”. Dari Gulag ke Holocaust mari kita lihat
sejarah diktator paling kejam di dunia, seperti yang digarap dari sebuah
blog disini.
10. Kim Il-Sung, Korea Utara (1.6 juta kematian)
Banduan di Penjara Gulag dipaksa untuk mengorek kubur mereka sendiri
sebelum mereka dihentak dengan tukul. Wanita yang mengandung di kem
tahanan pula dipaksa untuk membuat kerja-kerja berat menyebabkan ramai
wanita hamil mengalami keguguran.
9. Pol Pot, Kemboja (1.7 juta kematian)
Dalam masa hanya 4 tahun sahaja, Pol Pot telah menyebabkan kematian 1/4
penduduk Kemboja. Beliau mensasarkan para cendekiawan yang dianggap cuba
menggugat kuasa beliau serta membunuh mereka yang berkebolehan menutur
dua bahasa.
8. Ismail Enver Pasha, Turki (2 juta kematian)
Bertanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai penduduk Armenia serta
kebuluran yang menyebabkan kematian hampir 1.5 juta orang. Penduduk
Armenia dipaksa untuk berkawad dalam keadaan bogel merentasi padang
pasir sehingga kematian yang berpunca akibat keletihan.
7. Hideki Tojo, Jepun (4 juta kematian)
Jeneral Hideki Tojo yang mengetuai serangan ke atas Pearl Harbour serta
pelbagai pembunuhan beramai-ramai orang awam dan juga askar yang tidak
bersenjata. Beliau dijatuhkan hukuman bunuh kerana jenayah perang pada
tahun 1948 selepas cubaan beliau untuk membunuh diri gagal.
6. Vladimir Lenin, Rusia (4 juta kematian)
Mengarahkan pembunuhan jemaah menteri Rusia serta keluarga di Raja
ketika perang saudara tercetus di Rusia. Lenin juga bertanggaungjawab
mencetus dan menghasut untuk melaksanakan kempen “The Red Terror” untuk
menakutkan pembangkang. Paderi lelaki ditusuk manakala puak pemberontak
ditanam hidup-hidup.
5. Chiang Kai-Shek, China & Taiwan (10 juta kematian)
Mengarahkan pembunuhan beramai-ramai di Shanghai pada tahun 1927. Lebih
5,000 berfahaman komunis serta pelajar telah terbunuh. Jeneral Chiang
Kai-Shek juga bertanggungjawab keatas kematian 20,000 penduduk Taiwan
pada tahun 1947 yang kebanyakkan mangsa adalah golongan intelektual
serta pemimpin tempatan.
4. Raja Leopold II Belgium, Congo (13 juta kematian)
Ketika Congo dibawah pemerintahan Belgium iaitu, Raja Leopold II beliau
telah membunuh lebih 10 juta penduduk dengan membakar perkampungan serta
mendera hamba abdi sehingga mati. Lebih 2 juta orang disembelih dan
kepala serta alat sulit mereka dipertonton di khayalak ramai.
3. Adolf Hitler, Jerman (17-20 juta kematian)
Beliau digelar sebagai diktator yang kejam semasa tercetusnya ‘World War
2′ oleh musuh-musuhnya iaitu pihak Kuasa Berikat (Perancis, Britain,
Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China). Perluasan kuasa yang
dijalankan oleh Hitler telah mengorbankan hampir 2/3 penduduk Yahudi di
Eropah.
2. Joseph Stalin, Rusia (40-62 juta kematian)
Ketika dibawah rejim Stalin, 90% sumber makanan dirampas oleh kerajaan
menyebabkan 5 juta penduduk mati kebuluran. Kempen “The Great Purge”
menyaksikan musuh-musuh Stalin diseksa dikhalayak ramai sebelum
dijatuhkan hukuman bunuh.
1. Mao Zedong, China (45-75 juta kematian)
Semasa rejim Mao memerintah China, sesiapa yang dikesan tidak sihat atau
terlalu tua tidak akan mendapat bantuan makanan dan dibiarkan
kelaparan. Ibu bapa yang anaknya didapati mencuri makanan akan dipaksa
untuk menanam anak mereka hidup-hidup.
sumber : Penpatah
0 Komentar untuk " 10 Diktator Paling Kejam Dalam Sejarah Dunia "