Seorang wanita tidak menyangka pertemuan
semula dengan ibunya yang telah meninggalkannya ketika berusia setahun,
bukan membawa kegembiraan sebaliknya membawa berita yang lebih
mengejutkan. Rupa-rupanya wanita itu, Adriana, 39, baru mengetahui
bahawa dia sebenarnya berkahwin dengan adik lelakinya sendiri, Leandro,
37.
“Hanya kematian yang akan memisahkan
kami. Selama ini saya menganggap ia sesuatu yang melucukan apabila nama
ibu kami adalah sama dan menyifatkan ia sebagai kebetulan sahaja,’’
katanya
Semuanya berlaku apabila Adriana dan
Leandro ditinggalkan oleh ibu mereka, dan kedua-duanya dibesarkan oleh
orang lain. Adriana dan Leandro, yang sudah berkahwin selama tujuh tahun
dan memiliki seorang anak perempuan berusia enam tahun, tidak pernah
mengenali antara satu sama lain selama ini dan ditinggalkan ketika masih
bayi.
Namun pada masa sama, mereka juga cuba
mengesan ibu mereka yang dikenali sebagai Maria. Tetapi tanpa disedari
mereka mencari orang yang sama. Adriana yang mempunyai tiga anak hasil
perkahwinan lalu bertemu dengan dengan Lenadro selepas perkahwinannya
gagal. Mereka hanya mengetahui mengenai perkara sebenar minggu lalu
selepas Adriana menghubungi sebuah stesen radio untuk mengesan ibunya.
“Saya tidak percaya apa yang anda
katakan di sini bahawa Leandro adalah adik saya,’’ katanya sambil
meraung ketika pertama kali ditemubual dalam stesen radio berkenaan pada
hari ibunya Maria dikesan. Bagaimanapun semalam, Adriana dan Leandro
memberitahu mereka akan menetap bersama dan tidak akan berpisah meskipun
sudah disahkan sebagai kakak dan adik.
0 Komentar untuk " Apa perasaan anda apabila mengetahui suami anda adalah adik kandung sendiri - Viral-X "