Waze ialah aplikasi navigasi yang sering kami
gunakan untuk memandu sekitar ibu kota. Ia memaparkan kesesakan jalan
raya dan juga pelbagai amaran lalulintas seperti kenderaan berhenti
ataupun kawasan pembinaan. Hari ini mereka mengumumkan sebuah lagi
fungsi baru iaitu memberikan amaran kawasan simpang berisiko tinggi
berlakunya kemalangan. Dengan sistem amaran baru ini mereka berharap
pemandu akan menjadi lebih berhati-hati sekaligus mengelakkan diri
mereka dari terlibat dengan kemalangan.

Fungsi ini dilancarkan di bandaraya Boston, Los Angeles, New York City, San Francisco, dan Washington, D.C terlebih dahulu. Data kawasan kemalangan diambil secara terus dari pihak polis, dewan bandaraya dan suruhanjaya pengangkutan darat kelima-lima bandaraya di atas. Diharap pihak Waze akan dapat bekerjasama dengan pihak berwajib di Malaysia juga bagi membawa fungsi cukup berguna ini di negara kita. Sementara itu sentiasalah menjaga sahsiah ketika memandu. Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.
sumber : AMANZ

0 Komentar untuk " Waze Kini Memaparkan Amaran Kawasan Berisiko Tinggi Kemalangan "