Baru-baru ini, ramai yang mula mengucapkan simpati apabila mendengar
khabar kononnya aktor popular Adi Putra menghidapi penyakit kanser
selepas sebuah blog memberitahu beliau kini di tahan di hospital
susulan penyakitnya itu.

Walaubagaimanapun, Adi yang mengetahui hal tersebut meminta agar peminat tidak mudah percaya dengan berita itu kerana beliau masih lagi sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit serius. Malah, Adi juga merasa terkilan dengan pihak yang menyebarkan berita palsu tersebut hanya kerana ingin mengaut keuntungan.

Rasanya bukan Adi Putra sahaja yang jadi mangsa berita palsu seperti ini, sebelum ini ada yang sampai di fitnah sudah meninggal dunia pun ada. Apa-apa pun, jangan mudah percaya dengan berita sebegini kerana mereka hanya ingin menarik perhatian ramai sahaja.
sumber :BeautifulNara

Saya terkilan dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu semata-mata mahu menaikkan rating blog. Bagaimanapun saya tidak mahu mengambil serius terhadap laporan tersebut memandangkan ia sering terjadi kepada mana-mana selebriti.Jelas Adi, berita tersebut mungkin boleh mengelirukan orang ramai kerana beliau baru sahaja dilantik sebagai penaung Pertubuhan Kebajikan ‘Johor I Care’ negeri Johor.
Alhamdulillah, saya masih lagi sihat walafiat, saya ampunkan orang yang membuat fitnah.
Risau juga orang keliru, tetapi saya ambil perkara ini lebih positif untuk menyebarkan informasi mengenai kesedaran penyakit kanser. Penghidap kanser memerlukan sokongan orang sekeliling terutama keluarga. Mereka bukan saja memerlukan kekuatan dalaman untuk sembuh, malah perhatian daripada semua pihak.
Rasanya bukan Adi Putra sahaja yang jadi mangsa berita palsu seperti ini, sebelum ini ada yang sampai di fitnah sudah meninggal dunia pun ada. Apa-apa pun, jangan mudah percaya dengan berita sebegini kerana mereka hanya ingin menarik perhatian ramai sahaja.
sumber :BeautifulNara
0 Komentar untuk " Adi Putra Hidap kanser? Apa reaksi Adi Putra "