Johor Darul Takzim (JDT) terus mencabar kedudukan Pahang di
persada liga selepas meraih kemenangan 2-0 menentang Sarawak di Stadium
Negeri, Kuching.
Di hadapan ribuan penyokong setia, Sarawak mencemari pintu gol JDT
yang dikawal penjaga gol, Farizal Marlias menerusi percubaan Ivan Fatic
yang tidak menepati sasaran.Farizal juga bekerja keras untuk menempis rembatan kencang pertahanan Sarawak, Patrick Gerhardt.
Namun pada babak kedua, skuad Harimau Selatan menunjukkan belang sebenar apabila melancarkan serangan bertali arus ke benteng skuad Bujang Senang.
Akhirnya, penyerang Amri Yahyah menyudahkan gol pertama pada minit ke-64 sebelum penyerang import, Luicano Figueroa menyumbat gol kedua untuk mengesahkan kemenangan JDT di Kuching.
Pengendali JDT, Mario Gomez menegaskan bahawa setiap tiga mata yang dikutip bakal memberi impak besar pada baki enam perlawanan Liga Super.
"Ini tiga mata penting buat kami kerana Sarawak merupakan pasukan yang kuat namun kemenangan berpihak kepada kami malam ini" kata Mario Gomez.
Manakala, ketua jurulatih pasukan tuan rumah, Fuad Grbesic menyifatkan skuadnya merupakan pasukan terbaik pada babak pertama.
"Pada 30 minit pertama kami merupakan pasukan yang lebih baik, malangnya kedua-dua pasukan semakin letih apabila babak kedua bersambung" kata Fuad Grbesic.
Sumber : Astro Arena
0 Komentar untuk " LIGA SUPER : JDT terus tekan Pahang "