Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk
Hamidin Mohd Amin menegaskan tidak akan timbul lagi isu pasukan enggan
lepaskan pemain untuk skuad kebangsaan menjelang kelayakan Piala Dunia
2018/Kelayakan Piala Asia 2019.
Pengendali skuad kebangsaan Dollah Salleh telah berdepan kesukaran
ketika memilih pemain untuk berdepan Liverpool 24 Julai lalu.Selangor muncul pasukan ingkar beri pelepasan kepada pemain sekaligus mengundang hukuman berat dari badan induk bola sepak negara.
Walaubagaimanapun, Hamidin beri jaminan situasi tersebut tidak akan berulang.
"Saya kira kali ini perkara sama tidak akan berulang kerana semua panggilan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan harus disahut tanpa alasan," katanya.
Disamping itu, Hamidin yang juga selaku pengurus Harimau Malaya turut beri bayangan Harimau Malaya kali ini akan berwajah baru.
"Saya telah mengadakan pertemua bersama Dollah Salleh dan banyak muka baru serta bakat muda termasuk pemain yang dahulunya cedera akan membuat penampilan.
Saya turut cakap kepada Dollah untuk pilih pemain yang mampu beri komitmen penuh diatas padang," katanya.
0 Komentar untuk " Harimau Malaya bakal berwajah baru "