Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

[VIDEO] Mengapa Pasangan Suami Isteri ini Mengamuk Terhadap Anggota Penguatkuasa ??LIHAT VIDEO



Gara-gara berang barangan-barangan untuk jualan dirampas oleh pihak penguatkuasa, satu video yang membabitkan pasangan suami isteri mengamuk kini tersebar meluas di laman sosial.

Tidak diketahui dimana lokasi tepat kejadian itu berlaku, namun ia dipercayai berlaku di sekitar kawasan sekolah.

Malah video itu juga dipercayai diambil oleh salah seornag anggota penguatkuasa berkenaan.

Melalui video itu, dapat dilihat pasangan suami isteri berkenaan melepaskan kemarahan mereka dengan membaling loyang dan bekas mengisi makanan ke arah anggota penguatkuasa, sambil menjerit.

Bukan itu sahaja, seorang kanak-kanak yang mungkin anak kepada wanita dan lelaki berkenaan turut menjerit ke arah anggota penguatkuasa berkenaan apabila melihat kejadian yang berlaku di hadapannya.

Kekecohan itu terjadi dikatakan berpunca daripada aduan pihak sekolah tentang aktiviti berniaga yang dilakukan pasangan tersebut sehingga menyebabkan kawasan di hadapan sekolah itu tidak bersih. -Siakapkeli.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO>>> 
0 Komentar untuk " [VIDEO] Mengapa Pasangan Suami Isteri ini Mengamuk Terhadap Anggota Penguatkuasa ??LIHAT VIDEO "

Back To Top