Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Pesta Maksiat ketika waktu solat Jumaat



KUALA TERENGGANU: Tindakan sepasang kekasih yang bermadu asmara di Pantai Batu Buruk ketika orang lain sibuk menunaikan solat Jumaat telah berjaya dirakam oleh lensa kamera wartawan Sinar Harian.

Apa yang dipaparkan ini sungguh menyedihkan dengan kelakuan anak muda kita yang melakukan perkara tidak senonoh di tempat awam dan lebih-lebih lagi ketika waktu solat Jumaat.

Menurut laporan Sinar Harian, wartawan akhbar berkenaan telah berjaya mengesan sepasang kekasih bermadu asmara di atas kerusi konkrit di sekitar pantai peranginan berkenaan.

Perkara ini bukanlah isu baru di mana kelakuan yang mencemarkan keindahan pantai berkenaan telah lama terjadi dan boleh dikatakan inilah "port" segelintir anak muda melampiaskan nafsu mereka.

Apa yang lebih menyedihkan kelakuan mereka berkenaan dilihat oleh orang lain termasuk kanak-kanak.

Wartawan Sinar Harian sempat menemuramah seorang pengunjung, Rahimah Omar, 36, dimana pihak berkuasa sudah mengambil tindakan sebelum ini dan diliaht sudah hampir berjaya tetapi ianya hanya sementara. Ia kini berulang semula.

Lebih memalukan, katanya perbuatan itu berlaku ketika orang lain bersiap untuk menunaikan solat Jumaat.

"Kejadian dipercayai melibatkan remaja yang datang dari luar daerah ini. Kalau tanya pendapat saya, pasti saya kecewa dengan tindakan remaja terbabit kerana mereka tidak mempedulikan orang ramai.

“Walaupun hanya dua, tiga pasangan remaja yang kelihatan memadu asmara, ia tetap memalukan kerana ketika itu khutbah Jumaat sedang disampaikan,” katanya.



Perlakuan tidak senonoh ini juga menjadi perbincangan hangat penduduk sekitar Pantai Batu Buruk dan pengunjung mengenai isu ini di laman sosial.

Seorang pengguna Facebook bernama Aminul Hafiz, perbuatan maksiat pasangan muda mudi ini bukan sahaja berlaku di hari biasa bahkan ada antara pasangan-pasangan ini melakukan maksiat ini di bulan Ramadan.

Menurutnya lagi lokasi mereka melampiaskan nafsu ini bukan sahaja di Pantai Batu Buruk malahan turut berlaku di Dataran Shahbandar, Taman Pulau Kambing dan Pantai Teluk Ketapang dimana ia sudah dikenal pasti sebagai tempat tumpuan kumpulan remaja berkasih.

Pengguna Facebook Muhammad Hamdi pula berkata "Di Pantai batu buruk ini mereka relaks je wat maksiat terang2an..xmalu ke..ke saje tunjuk ego depan org ramai..manusia jenis apa ni..suh kawen xmo..cacatkan perjalanan hamba!!."

Sementara itu, beberapa pekerja pembersihan kawasan pantai mengakui, kegiatan tidak bermoral itu turut berlaku pada hari biasa dan cuti umum.

Oleh itu diharap pihak berkuasa terutama Pejabat Agama Islam Kuala Terengganu dapat memantau kejadian ini dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah ini. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk " Pesta Maksiat ketika waktu solat Jumaat "

Back To Top