Mohon Aktifkan Javascript!Enable JavaScript

HTML/JavaScript

Pemain Malaysia Dilabel ‘Wajah Yang Memalukan Negara’? Ini Respons Zaquan Adha

10-0. Satu keputusan yang cukup menyedihkan apabila pasukan bola sepak Malaysia dibelasah 10-0 ketika menentang pasukan UAE di kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019. Rata-rata peminat bola sepak tanah air melahirkan rasa sedih, kecewa dan malu dengan prestasi pasukan Malaysia. Susulan kekalahan ini, jurulatih Harimau Malaya iaitu Dollah Salleh telah pun meletakkan jawatan. Malah pihak pengurusan FAM turut diminta meletakkan jawatan kerana kekalahan memalukan ini.
zaquan adha
Namun satu laporan di dalam akhbar tempatan melabelkan pemain Malaysia yang beraksi menentang UAE pada perlawanan tersebut sebagai ‘wajah yang memalukan negara’ telah membuatkan Zaquan Adha meluahkan rasa kecewanya. Zaquan menempelak si penulis yang tidak memikirkan hati dan perasaan para pemain yang telah berhempas pulas berjuang untuk negara walaupun keputusan akhirnya memang jelas mengecewakan.
zaquan adha
Abang Nara dah lama berhenti berharap dengan bola sepak negara kita. Negara lain makin lama makin meningkat, tetapi Malaysia makin lama makin merudum. Bagi Abang Nara, bukan pemain sahaja perlu dipersalahkan, pihak pengurusan, sistem kejurulatihan, liga bola sepak Malaysia dan banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira. Kalau tiada perubahan secara drastik, bola sepak Malaysia pasti akan berada di takuk yang sama. Apa kata anda?

sumber : BeautifulNara
0 Komentar untuk " Pemain Malaysia Dilabel ‘Wajah Yang Memalukan Negara’? Ini Respons Zaquan Adha "

Back To Top